Thursday, November 03, 2011

Buku 'Seks Islam' Kelab Isteri Taat Diharamkan

obedien wife club book sex islam

KL 2 Nov 11: Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat. Sesiapa yang memiliki buku karangan balu kepada pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad itu boleh didenda sehingga RM5,000, lapor The Star.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Md Nor dilaporkan berkata, ia diharamkan kerana buku itu dikeluarkan oleh pertubuhan yang mempunyai hubungan jelas dengan al-Arqam.

Oleh kerana pergerakan itu diharamkan, segala yang berkaitan dengannya, termasuk kelab dan buku, turut juga haram, katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Inggeris itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini dilaporkan menimbang untuk menyekat pengedaran buku tulisan Hatijah Aam yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.

Kelab Isteri Taat mengehadkan jualan buku setebal 115 halaman itu kepada anggotanya yang telah berkahwin sahaja dengan harga RM50. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

1 comment:

ilmuminati said...

Goverment pun elok kena haramkan....berapa byk benda yg lg merosakkan ada kat internet..apa bezanya? buku tersebut dgn internet?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails