Tuesday, November 01, 2011

Waran Tangkap Terhadap Penyanyi Jadi Pendakwah

NONE
KL 1 Nov 11: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu.

“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

Meskipun diminta tampil memberi keterangannya oleh JAIS, Bob yang kini bergiat aktif bersama parti Islam PAS berkata tidak ada sebab untuknya bekerjasama kerana tindakan itu tidak ada kepentingan untuk Islam.

Penulis lirik berhantu "Isabella" itu berkata, ekoran pendiriannya itu, beliau sanggup menghadapi sebarang tindakan, termasuk kemungkinan menghadapi waran tangkap daripada mahkamah.

"Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah.

Bob nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Ini bukan kes pertama seumpama itu, sebelum ini ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga didakwa atas tuduhan yang sama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semasa Bob Lokman bergelumang dengan maksiat di dunia artis, tiada pula JAIS nasihat atau betulkan. Tiba-tiba bila orang itu jadi baik amar makruf nahi mungkar, bantu kerja-kerja dakwah yang termasuk amanah Allah kepada JAIS juga, bukan mahu dibetulkan kalau bersalah, bahkan nak tangkap pula!

Ada ke Nabi SAW pesan kalau tak ada surat tauliah dari pemerintah 'taghut' tak boleh dakwah? Bahkan Nabi kata kepada umatnya, sampaikan darinya walaupun satu ayat, kalau tak sempat sangat pun, macam motto weblog ini. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

Ahmad said...

Tuan Haji,

Di mana saya boleh dapati @ tonton @ download ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengarah JAIS, Ustaz Tn. Hj. Marzuki Bin Hussin ?

Anonymous said...

asal masuk PAS je smua orang dah boleh digelar ustaz ke n bole ceramah sesuka hati???dah itu kan peraturan yg ditetapkan...kalau idup ni xde peraturan mcm mana la agaknya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails