Saturday, November 05, 2011

Melaka Tubuh 1292, Bukan Lagi 1400M -IKSEP

KERAJAAN negeri Melaka bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Menurutnya, beberapa peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua buku tersebut membuktikan bahawa penubuhan Melaka bukan pada 1400 seperti dikatakan oleh sarjana Barat iaitu dari Portugis yang juga bukan berdasarkan kepada fakta sejarah.

‘‘Beberapa contoh seperti Sultan Mansur Shah menduduki takhta hampir 60 tahun dan sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah pula selama 30 tahun. Kalau berdasarkan dua sultan ini, kerajaan Melaka terbentuk lebih daripada 90 tahun.

‘‘Mustahil kerajaan Melayu Melaka ditubuhkan hanya berumur 111 tahun. Kalau mengikut catatan sejarah, Melaka yang dibentuk oleh Parameswara pada 1400 dan Laksamana Cheng Ho datang ke negeri ini pada 1403.

‘‘Tidak mungkin dalam tempoh tiga tahun kerajaan Melayu Melaka sudah menjadi satu kerajaan yang besar ketika itu hingga dihormati oleh China dan ini membuktikan tarikh 1400 tidak relevan sebagai tarikh penubuhan Melaka,” katanya.

Mohd. Said berkata, berdasarkan bukti yang terdapat dalam kedua-dua karya agung Melayu itu, kerajaan mengambil keputusan menetapkan tarikh penubuhan Melaka pada 1262.

‘‘Kini terpulang kepada cendekiawan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai fakta yang dikemukakan untuk menolak penubuhan negeri ini pada 1400,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerima cadangan sekumpulan penyelidik yang merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278, bukannya pada 1400 yang menjadi rujukan umum sebelum ini.

Keputusan dibuat pada Mesyuarat Pembentangan Hasil Penyelidikan Jawatankuasa Penyelidik pada April tahun lalu. (IH/Rujukan Utusan Malaysia)

Nak Tahu Pahlawan Hang Tuah berketurunan Cina? Sila lihat...
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails