Thursday, November 03, 2011

S/Merdeka: Haram Sertai, K'jaan Perlu Halang -MUIS


KL, 3 Nov 11: Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Muis) berkata penglibatan umat Islam dalam program Seksualiti Merdeka, yang menjadi fokus kontroversi sekarang, adalah haram dan wajar dielakkan, kata Pengerusinya Dr Aznan Hasan.

Sehubungan Aznan mahu kerajaan menghalang aktiviti seumpama itu dan sentiasa peka terhadap aktiviti-aktviti songsang yang menyelinap masuk ke dalam masyarakat umat Islam dan bertujuan melenyapkan identiti dan jati diri anak bangsa dan negara.

“Seluruh umat Islam perlu berganding bahu memikul tugas membangunkan umat dan menyuburkan akhlak terpuji selaras dengan mesej perutusan baginda s.a.w.

“Seluruh umat Islam wajib berganding bahu memikul tanggungjawab membangunkan umat, menyuburkan akhlak terpuji dan memandu masyarakat ke arah menghayati ajaran Islam yang sebenar. Muis berpandangan penglibatan umat Islam di dalam festival ini adalah haram hukumnya dan sewajibnya dielakkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Aznan juga berkata pihaknya bimbang penganjuran Seksualiti Merdeka akan menyebabkan menularnya fahaman liberal dan songsang di kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang bertopengkan “hak asasi manusia.”

“Muis berpendirian, hak asasi manusia adalah sesuatu yang diiktiraf oleh Islam. Namun begitu, penerimaan hak asasi ini mestilah diterima dalam ruang lingkup yang tidak menyanggahi prinsip-prinsip agama dan nilai-nilai moral, budaya, etika, dan adab sopan.

“Sebarang aktiviti songsang sebegini bukan sahaja menyentuh sensiviti umat Islam, malah boleh dianggap satu usaha ke arah mencabar kedaulatan negara yang berpaksikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” kata beliau lagi. (IH)

Lihat sebelum ini...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails