Saturday, June 06, 2020

PN Menang Lagi! AP B/Gantang Pula.. PH Tunggu Ajal?


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kanan) menyerahkan borang permohonan keahlian PPBM kepada Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Hamzah Zainudin (kiri).
(Gambar Facebook)
Ahli Parlimen Bukit Gantang serah borang sertai PPBM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang menyertai PPBM kepada Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin hari ini.

“Ya, beliau menyerahkan borang masuk PPBM pagi tadi,” kata wakil PPBM yang turut hadir ketika penyerahan borang itu, kepada FMT.

Hadir sama Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Redzuan Md Yusof.

Keputusan Syed Abu Hussin menyertai PPBM memperkukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akhir Februari lalu ketika krisis politik tercetus yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Syed Abu Hussin menafikan dirinya menyokong pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan PH.

Beliau sebaliknya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Syed Abu Hussin memenangi kerusi Bukit Gantang atas tiket BN, menewaskan calon PH dan PAS sebelum mengumumkan dirinya menjadi wakil rakyat bebas pada Jun 2018.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH tunggu ajal?

2 comments:

Unknown said...

Patut ph tanding chini

Anonymous said...

SEKARANG 2020 BUKAN MACAM 1990 LAGI
MAKLUMAT HUJUNG JARI MAKANAN ARI ARI
STAKAT GORENG NIPU FITNAH MEMBATU API
TOKONG MAMAK KUTY ALJUB TAK LAKU KINI


UDAH UDAH LAH TU MAMAK KUTY
NIPU SANA NIPU SINI TAK LAKU DAH
POLITIK MATANG ITU KEMAHUAN KAMI
FITNAH COMANGO PLURALIS KASI JALAN LAH


FORMULA TURUN HARGA = BMF + JUARA ASNAF + TEPOKK..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails