Sunday, May 31, 2020

30 ditahan leka berpesta, juga termasuk arak punya hal..

DIALOG RAKYAT: 17 termasuk 4 remaja bawah umur ditahan berpesta dadah
Leka berpesta -gambar hiasan
30 ditahan leka berpesta


SERAMAI 30 individu ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul dan mengadakan parti persendirian di dua lokasi sekitar Ipoh, awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam serbuan pertama, seramai 14 lelaki termasuk penganjur dan empat wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun ditahan dalam Ops Covid-19 dan Ops Noda oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Beliau berkata, dalam serbuan pada 2 pagi di sebuah pangsapuri di Jalan Meru Impian, Ipoh, polis mendengar bunyi muzik kuat sebaik tiba di premis berkenaan.
Menurutnya, mereka bertindak memecahkan pintu apabila penghuni gagal membuka pintu selepas beberapa kali diminta berbuat demikian.
"Sebaik berjaya membuka pintu, ada penghuni cuba melarikan diri dalam keadaan muzik masih terpasang. Hasil soal siasat, mereka yang ditahan gagal memberi alasan munasabah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
A Asmadi berkata, ada antara mereka pernah ditahan atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, tetapi masih mengulanginya termasuk penganjur lelaki berusia 24 tahun.
Menurutnya, pihaknya turut merampas peralatan muzik iaitu sebuah pembesar suara, dua pembesar suara kecil serta sebuah telefon pintar.
Katanya, kesemua 18 suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan Seksyen 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Sementara itu, seramai 12 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di sebuah ruang rehat di Jalan Veerasamy, Ipoh, pada 1.30 pagi tadi.
A Asmadi berkata, mereka ditahan kerana disyaki melanggar arahan PKPB dalam serbuan Ops Covid-19 yang dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD Ipoh.
"Pihak polis merampas satu salinan lesen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) jenis perniagaan kedai makan atau restoran dan satu salinan lesen MBI jenis perniagaan dewan muzik," katanya. (BERNAMA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seramai 12 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di sebuah ruang rehat di Jalan Veerasamy, Ipoh, pada 1.30 pagi tadi. Juga kerana arak punya hal..

Sedikit Panduan: 
Semua Agama Mengharamkan Arak

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan semua agama yang mempunyai kitab petunjuk mengharamkan arak. Katanya, pengharaman tersebut merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan tubuh badan.
“Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menggagu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati kerana boleh menimbulkan mudarat lebih besar kepada masyarakat umum.
“Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pesta arak yang didakwa akan diadakan di Kuala Lumpur pada awal Oktober ini. Katanya, penetapan lesen arak merupakan satu kawalan bagi menetapkan sempadan kepada penggunanya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama.
“Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah.
“Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina dan liwat. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri serta akal sehingga melesenkannya,” katanya.

Menurutnya, manusia tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara termasuk dalam  agama dan urusan kehidupan kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri serta masyarakat.

“Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya.

“Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ia di luar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia,” katanya. (SH)
Sekian.

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails