Wednesday, June 03, 2020

PN Pukul PH Dengan 100 Fakta Dalam 100 Hari Memerintah. 2 Bulan Dengan 22 Bulan?


100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN): 100 Fakta yang jelas dan sahih

1. Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian, krisis ekonomi rakyat, dan krisis pandemik COVID-19.

2. Sebaik sahaja mengambilalih kuasa, Tan Sri Muhyiddin dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat.

3. Tan Sri Muhyiddin membentuk kabinet dengan gabungan tokoh teknokrat berwibawa seperti YM Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan dan Datuk Seri Mustapha Mohamed sebagai Menteri Ekonomi.

4. Tan Sri Muhyiddin turut melantik ulama terbilang seperti Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli al-Bakri sebagai Menteri Agama, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah, dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

4. Orang susah diberi bantuan habis-habisan manakala majikan turut dibantu mengikut keperluan dalam tempoh COVID-19.

5. Kerajaan memperuntukkan RM1600 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

6. Kerajaan memperuntukkan RM1000 kepada isi rumah berpendapatan RM4001-RM8000.
Kerajaan memperuntukkan RM800 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan.

7. Bantuan prihatin tunai RM250 kepada individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2001-RM4000 sebulan.

8. Baki Bantuan Sara Hidup dibayar pada Julai 2020.

9. Bantuan RM200 kepada pelajar pengajian tinggi.

10. Elaun khas RM600 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan mulai April 2020.

11. Elaun khas RM200 sebulan kepada tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA yang terlibat mulai April 2020.

12. Bantuan RM500 kepada 1.5 juta penjawat awam termasuk yang bekerja secara kontrak Gred 56 ke bawah pada April.

13. RM250 kepada lebih 850,000 pesara kerajaan, pada April 2020.
Subsidi upah RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4000 dan majikan dengan penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.

14. Majikan juga perlu jamin tiada pemberhentian pekerja bagi tempoh 3 bulan selepas program ini.

15. Bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing.

16. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi pemegang polisi & sijil takaful perubatan.

17. Diskaun bil elektrik antara 15% hingga 50% selama 6 bulan mulai April 2020.

18. Internet percuma mulai 1 April sepanjang tempoh PKP.
Penangguhan bayaran premium atau sumbangan insurans dan takaful untuk 3 bulan.

19. Penangguhan bayaran balik 6 bulan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

20. Bayaran penggantian pendapatan RM50 sehari bawah MySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit bawah siasatan (PUI).

21. Pengecualian bayaran sewa PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

22. Penangguhan bayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) 6 bulan.

23. Pengecualian sewa bagi semua premis kerajaan Persekutuan selama 6 bulan.

24. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion
RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat
RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)
RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

25. Peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

26. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19.

27. Kerajaan juga menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19

28. Kerajaan berikhtiar mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta untuk bersama-sama hadapi wabak COVID-19.

29. Kerajaan usahakan pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.

30. Menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.

31. Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

32. RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.

33. RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan di mana Kerajaan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

34. RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

35. Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

36. Bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasuk usahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisiatif utama.

37. Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion.

38. Kadar faedah bagi keseluruhan dana Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.

39. Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.

40. Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.

41. Skim Kredit Mikro dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran.

42. Syarat kelayakan pinjaman Skim Kredit Mikro juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi.

43. Amaun pembiayaan Skim Kredit Mikro ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.

44. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.

45. PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.

46. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion.

47. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

48. KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020.

49. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

50. Khidmat Rundingan Majikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.

51. Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta.

52. Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

53. Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.

54. Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.

55. Semoga Allah terus membimbing para pemimpin kita membela nasib rakyat. Penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan.

56. Penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.

57. Penstrukturan semula pinjaman korporat.

58. Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.

59. Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

60. Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.

61. Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.

62. Fasa pertama program kewangan sosial yang melibatkan kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan bermula dalam bulan Mei 2020.

63. Usahawan yang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan yang dipilih.

64. Kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin.

65. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan. Kemudahan ini akan disediakan untuk pemohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020, atau sehingga dana jaminan digunakan sepenuhnya.

66. Beri tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan.

67. Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan.

68. Projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej awal mula dilaksanakan pada bulan April 2020.

69. Projek-projek ini termasuk projek infrastruktur di kawasan FELDA dan lain-lain bernilai RM600 juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta.

70. Meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara.

71. Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju agar dua bulan gaji dipotong dan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19.

72. Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”. Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion.

73. Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

74. Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

75. Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

76. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

77. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

78. Bantuan subsidi upah ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4. 8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

79. Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

80. Mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

81. Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank.

82. Memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

83. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%.

84. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan.

85. Mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan.

86. Menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir.

87. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.

88. Membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020.

89. Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.

90. Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.

91. Tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP.

92. Untuk memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan PRIHATIN TAMBAHAN dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar, unit LAKSANA telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan.

93. Menyedari kepentingan startups, Kerajaan akan mempertimbang pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor ini dalam tempoh yang sukar ini.

94. Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19.

95. Kementerian Luar Negeri wujudkan Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) bertujuan mengumpul peralatan perubatan bagi kegunaan petugas barisan hadapan (frontliners) Wisma Putra.

97. Kementerian Luar Negeri berusaha keras membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

98. Kerajaan tegas membatalkan operasi kilang-kilang arak sewaktu tempoh PKP.

99. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus) telah berikrar untuk meneroka pasaran baru untuk industri sawit negara seperti ke Timur Tengah serta Afrika dan “bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat”.

100. Kerajaan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Abdul Muein Abadi

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik UKM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN (Perikatan Nasional) pukul PH (Pakatan Harapan) dengan 100 fakta aktiviti dalam 100 hari memerintah. Dalam masa 2 bulan PN memerintah berbanding 22 bulan PH mentadbir.. lihat kebijaksanaan pimpinan PM 8 memimpin negara ini. Bandinglah dengan kepala siuman, bukan kepala berkarat!

5 comments:

Anonymous said...

Terbaik dan mantap kerajaan PN kerana kejayaan cemerlang walaupun PN baru memerintah negara.

Sebaliknya, pakatan kafir harbi-liberal berjaya kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll dan melingkupkan ekonomi negara, aset negara dan tabung umat Islam dalam tempoh 22 bulan.

Orang bijaksana sudah tentu akan menyokong dan mengundi PN.

Poor Indon said...

Puak Pakatan Hancing mana faham perkataan FAKTA! Tapi kalau FITNAH memang dah jadi darah daging diaorang!

Anonymous said...

Dr MAZA Saya juga antara juga orang yang tidak percaya bahawasanya DAP jika sekiranya mendapatkan kedudukan mereka mungkin akan menyebabkan keadaan umat islam tidak merasa selesa dan umat islam mungkin menjadi satu keadaan yang sukar”.



Tetapi apabila 22 bulan Pakatan Harapan memerintah yang mana saya antara orang yang pada mulanya mendukung diperingkat awal dan menteri – menteri sebahagaiannya tahu dan mereka berjumpa dan sepanjang pemerintahan PH pun tun beberapakali juga pun ada bertemu juga dengan saya dipejabatnya dan saya ada surat – menyurat yang beliau memanggil saya ke pejabatnya.”

###BUKAN DR MAZA SAJA YG TERTIPU. RAMAI YG LAIN JUGA TERTIPU, TERMASUK PAS.###

Anonymous said...

Puak Melayu liberal suka dikencing hancing oleh parti kafir Harbi roket kerana mereka suka diberi dedak cap roket yang menjadi makanan kegemaran babi ternakan gonna end.

Bila puak liberal telah makan dedak cap roket, otak puak liberal pun jadi bodoh berlapis-lapis seperti lembu dicucuk hidung tunduk dan patuh pada sifu ajaran sesat roket yang cuba menyamar sebagai khalifah Umar tetapi gagal kerana sikap anti-Islamnya terdedah dalam tempoh 22 bulan sahaja.

Erlina Tuty Sartika said...

Helo semua !!!
Salam untuk anda, dan rahmat dan rahmat dari Allah

Data Peribadi Saya
Nama: Erlina Tuty Sartika
Alamat: Bandung
Negara Indonesia
Telefon: +62 81319467810
WhatsApp: +62 81319467810
Amaun Pinjaman: IDR 720,000,000
Nombor Akaun: 1080424653
Bank: Bank BCA
E-mel: erlinatutysartika15@gmail.com
Anda boleh menghubungi saya melalui kenalan saya

Saya mengalu-alukan anda semua sehingga tahun 2020. Nama saya ERLINA TUTY SARTIKA, Saya berasal dari Bandung di Indonesia. Saya harap anda semua berhati-hati di internet. Saya menasihati anda untuk tidak membuat permohonan pinjaman di internet tanpa pengetahuan syarikat pinjaman kerana tidak semuanya benar, kebanyakan dari mereka adalah penipuan, mereka akan meminta anda untuk menghantar wang untuk pendaftaran, pemindahan, kos insurans dan masih anda tidak akan mendapat pinjaman anda, mereka semuanya pencuri. Saya telah menjadi mangsa dalam 3 pemberi pinjaman yang berbeza di sini dan saya menghantar sejumlah besar wang kerana saya benar-benar ingin mendapatkan pinjaman ini dan saya dipercayai sebagai kali pertama, tetapi saya tidak dapat pinjaman daripada mereka. Anda harus sangat berhati-hati sehingga anda tidak akan tertipu seperti saya, jika anda benar-benar ingin mendaftar di internet, hanya ada satu kreditur kredit yang saya percayai kerana setelah saya mencuba beberapa tempat dan saya tertipu, saya sangat terluka kerana saya mempunyai banyak hutang yang perlu dibayar, jadi rakan saya di pejabat menolong saya mencari syarikat pinjaman yang sebenar dan sah dan kami menjumpai syarikat pinjaman baru REBECCA ALMA LOAN COMPANY, dan kami membuat dokumentasi yang diperlukan dengan syarikat itu, jadi rakan saya menolong saya untuk mengikuti semua peraturan dan undang-undang sahaja untuk memastikan semuanya itu nyata dan demi kemuliaan Tuhan saya mendapat pinjaman dari syarikat sekitar 720 juta Rupiah. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman, anda mesti menghubungi Mother REBECCA ALMA dan mengikuti peraturan dan syarat atau terma dan syarat dan saya menjamin bahawa anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau kesulitan. dapatkan pinjaman saya dengan kadar faedah 2% sahaja. Anda boleh menghubungi ibu yang baik melalui alamat e-mel ini: rebaccaalmaloancompany@gmail.com. Anda juga boleh WhatsApp ibu Rebecca Alma di nombor ini: +1405259662

Maklumat Perhubungan Ibu Baik. Sila hubungi dia bahawa dia sah.
Nama: Rebacca Alma
Telefon: +14052595662
WhatsApp: +14052595662
https://Instagram.com/rebaccaalma
e_mail: rebaccaalmaloancompany@gmail.com
Laman web: https: //rebaccaalmaloancompany.blogspot.com

Salam sejahtera, dan rahmat dan rahmat Allah

Semoga Allah sentiasa bersama anda semua. Doakan yang terbaik untuk anda semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails