Tuesday, June 02, 2020

Hari Ke 6 Perkauman AS: Rumah Putih Diserang, Trump Menyorok X T/Jawab..

Ketika Rumah Putih diserang! Trump pula menyorok dalam 'kubu bawah tanah'
Kubu bawah tanah itu dipercayai direka khas bagi kegunaan untuk kejadian kecemasan seperti serangan pengganas. - Foto Reuters
Ketika Rumah Putih diserang! Trump pula menyorok dalam 'kubu bawah tanah'

WASHINGTON: Memasuki hari keenam demonstrasi akibat perbezaan politik dan sentimen warna kulit di Amerika Syarikat (AS), Rumah Putih pula turut diserang.

Ketika berlaku pergelutan antara rakyat dan polis yang mula membaling batu ke arah bangunan pentadbiran eksekutif itu, Presidennya, Donald Trump pula dilaporkan 'menyorok' di dalam sebuah ‘kubu bawah tanah’ di bangunan itu.

Trump pada malam Jumaat lalu dikatakan berlindung di bawah tanah hampir satu jam selepas ejen Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) menggesa untuk beliau berbuat demikian. 

Ia ekoran pelaksanaan perintah berkurung gagal meredakan kemarahan sebahagian rakyat negara itu termasuk kumpulan minoriti.

Kubu bawah tanah itu dipercayai direka khas bagi kegunaan untuk kejadian kecemasan seperti serangan pengganas, menurut jurucakap Republikan.

Jelasnya lagi, Trump dan keluarganya berasa cemas dengan kehadiran penunjuk perasaan yang datang menyerang Rumah Putih dalam jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengatakan sekiranya wanita pertama AS, Melania Trump dan anak lelaki pasangan itu, Barron, 14 tahun, turut sama berlindung di kubu berkenaan.

Keganasan ratusan penunjuk perasaan itu mula tercetus apabila rakyat marah dengan kekerasan dilakukan polis sehingga didakwa membawa kepada kematian seorang lelaki berkulit hitam, George Floyd.

“Rumah Putih tidak memberi sebarang komen tentang protokol dan keputusan keselamatan,” kata jurucakap Rumah Putih, Judd Deere ketika diminta pengesahan.

Pihak Perkhidmatan Rahsia, dalam nada sama, juga mengakui bahawa tiada perbincangan dibuat mengenai sebarang cara dan kaedah berhubung operasi perlindungan itu.
Protes Di Rumah Putih, Trump Menyorok Di "Kubu Bawah Tanah" | mDaily
megat aiman hakim (@megat95aiman) | Twitter
Protes Di Rumah Putih, Trump Menyorok Di "Kubu Bawah Tanah" | mDaily
Menurut laporan AP, berita pergerakan Trump untuk berlindung di kubu bawah tanah berkenaan mula didedahkan oleh The New York Times.

Trump telah memberitahu para penasihat bahawa dia bimbang akan keselamatannya sementara memuji tindakan ejen rahsia itu secara terbuka.

Pada Sabtu lalu, Trump melakukan perjalanan ke Florida untuk melihat pelancaran Space X.

Dia dilaporkan kembali ke Rumah Putih secara ‘senyap’ ketika para penunjuk perasaan sedang berkumpul tidak jauh beberapa ratus meter dari kawasan bangunan itu.

Trump sebelum ini menggesa pihak berkuasa untuk lebih tegas melawan penunjuk perasaan yang membantah kematian George Flyod.


Situasi yang semakin buruk itu, bagaimanapun, turut menerima respon kritikan dari Datuk Bandar Washington DC Muriel Bowser yang menegaskan bahawa presiden seharusnya bertanggungjawab mengekalkan keamanan di negara itu. (AA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails