Thursday, June 04, 2020

Kesedihan dan kemarahan iringi protes kematian George Floyd di London

Penunjuk perasaan melemparkan halangan di pintu pagar Downing Street semasa protes kematian George Floyd di London. Foto AFP
Penunjuk perasaan melemparkan halangan di pintu pagar Downing Street semasa protes kematian George Floyd di London. Foto AFP


LONDON: Perpaduan, kesedihan dan kemarahan bergabung menjadi satu di London semalam, ketika ribuan generasi muda berhimpun membantah kematian George Floyd.
"Saya melihat video itu tular di media dan ia memberikan trauma kepada saya.



"Semua rakan saya sejak menonton video itu, tidak lagi merasai yang sama. Ia menghantui kami. Dari marah, perasaan itu bertukar menjadi sedih. Ia sukar dijelaskan," kata Sharleen, 18 ketika ditemui di tunjuk perasaan di Hyde Park.
Floyd, seorang lelaki Afrika-Amerika meninggal dunia pada 25 Mei lalu di Minneapolis, selepas lehernya ditekan menggunakan lutut oleh seorang anggota polis kulit putih selama lebih sembilan minit.
Insiden berkenaan yang sempat dirakam menerusi kamera, mencetuskan rusuhan ganas di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan bantahan di merata dunia.
Di London, suasana begitu emosi apabila orang ramai yang tidak menghiraukan peraturan COVID-19 berhimpun dan berarak di ibu negara, menuju ke pejabat Perdana Menteri Boris Johnson di Jalan Downing.
Ia berlangsung dalam suasana aman, dengan peserta melaungkan nama Floyd sambil berjalan, walaupun terdapat pertempuran kecil dengan pihak polis.
Pelakon Star Wars, John Boyega turut memberikan ucapan sambil menahan sebak, melahirkan solidariti buat Floyd dan saudara kukit hitam lain di AS.
"Ini adalah satu gerakan yang amat penting. Semua orang patut berjuang untuk kesamaan. Ia bukan hanya masalah di AS, ia adalah isu di seluruh negara dan kita perlu bersatu menyebarkan kesedaran ini," kata Lisa Ncuka, penuntut berusia 26 tahun. - AFP


Lihat sebelum ini..
*Terserlah AS Perkauman, Rakyat Rusuh Tuntut Keadil...
*Perkauman AS Makin Memburuk, Merebak Ke 30 Bandar....
*Hari Ke 6 Perkauman AS: Rumah Putih Diserang, Trum...
*Sikap Perkauman Menebal Di AS. Trump Kerah Tentera...
*Isu Perkauman AS, Henry Golding Marah Ratu Cantik

*Pengajaran dari kes George Floyd
*Kesedihan dan kemarahan iringi protes kematian Geo...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails