Sunday, March 30, 2014

Pusat Urut Tetap Lebih Berkuasa Dari Jentera Kerajaan Kerana Rasuah?

Kuala Lumpur: Biarpun diserbu tiga kali sejak awal tahun lalu, sebuah pusat urut tetap berdegil dan meneruskan operasinya yang turut menawarkan pelacur warga asing.

Berikutan itu, premis yang berselindung di sebalik pusat urut berlesen di Kepong Baru, di sini, sekali lagi diserbu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Pelacuran (D7) Bukit Aman diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais jam 11 malam, kelmarin.

Menurut Mohammad, dalam serbuan itu, enam wanita warga Vietnam berusia 20-an ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan, selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Selain wanita terbabit, seorang lelaki yang juga penjaga premis berusia lewat 20-an turut ditahan,” katanya.

Ditanya mengenai khidmat seks ditawarkan, Mohammad berkata, siasatan awal mendapati premis terbabit menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran sekitar RM130. Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut. (myMetro)

Komen Weblog IbnuHasyim:
  • Selagi kegiatan maksiat itu masih dianggap 'khidmat' seks bukan 'najis zina', selagi itu ia tidak dapat dihapuskan.
  • Mengapa biarpun diserbu tiga kali sejak awal tahun lalu, pusat urut itu tetap berdegil dan meneruskan operasinya sedangkan kuasa besar ada dalam tangan pemerintah. Kuasa yang ada pada kerajaan boleh dilemahkan dengan rasuah atau lain-lainnya?
  • Sistem perundangan di negara ini perlu ditukar? Pilihlah Islam sebagai penyelesaian.. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

ada 2 masalah besar disini.

1. aktiviti ulangan.
2. dokumen perjalanan yg tidak sah. tak sah tu bermaksud palsu atau curi?

kita sibuk dgn 2 org Iran yg masuk guna dokumen perjalanan yg tidak sah tapi tidak kisah dgn jumlah pelacur yg masuk dgn kaedah yg sama.

sy percaya sekiranya pelacur2 ini dilaporkan kpd negara mereka nescaya mereka akan diharamkan dari memiliki paspot.

Anonymous said...

T.kasih. Betul, pandangan yang baik.

Anonymous said...

Ada banyak lagi pusat-pusat urut macam ni beroperasi. Macam mana masih ada yang berani buat pusat urut macam ni. Ada sesiapa tahu macam mana nak laporkan pusat-pusat urut macam ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails