Monday, March 31, 2014

Lewat Siap Hospital S/Alam, K'jaan Bazir RM70J


 

KL: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan telah membazirkan RM70 juta bagi projek membina Hospital Shah Alam.

Beliau dalam sesi soal jawab pagi tadi berkata pembaziran itu berlaku kerana projek yang sepatutnya dijadualkan siap dalam masa dua tahun telah dilanjutkan sehingga enam tahun.

"Bagaimana kerajaan hendak tentukan pembaziran ini tidak berlaku lagi selepas ini untuk projek-projek lain.
"Apakah menjadi perkara biasa bagi Kementerian Kerja Raya projek-projek memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan?"soalnya.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin jumlah keseluruhan kos projek yang terlibat sehingga ini sebanyak RM550.8 juta. Katanya, sebanyak RM 410.8 juta adalah kos kontrak semasa manakala RM 140 juta lagi melibatkan bayaran kos kontrak terdahulu yang telah ditamatkan pada September 2010.

Tambahnya, kos yang terlibat pada awalnya sebanyak RM 480.6 juta kerana kegagalan kontraktor pertama jumlah kos yang baru adalah RM 550.8 juta.

"Pihak kerajaan telah mengambil tindakan dengan menubuhkan panel awam dalam masa sama kontraktor asal dikenakan tindakan undang-undang,"katanya.

Masalah projek Hospital Shah Alam sering dibangkitkan oleh Khalid bahkan perkara ini turut diakui oleh Rosnah. Projek Hospital Shah Alam telah dimulakan pada 15 November 2007 dan  dijangka siap pada 25 Jun 2011, tetapi hari ini Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan projek itu akan siap sepenuhnya 24 September 2014. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails