Friday, April 04, 2014

Oh, M'sia Permai, Tinggal Dalam Kanvas Usang.



KANVAS menjadi tempat tinggal dua beranak selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kejadian puting beliung di Kampung Pinang, Pedu dekat Kuala Nerang, Kedah pada Sabtu lalu.


KUALA NERANG - Dua beranak terpaksa menggunakan kanvas usang sebagai tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Pinang, Pedu dekat sini roboh ditimpa sebatang pokok dalam kejadian puting beliung, Sabtu lalu.

Muhammad Subhi Bakar, 40, berkata, dia dan ibunya, Mek Cik Ahmad, 73, terpaksa tinggal di khemah itu yang terletak berdekatan rumahnya buat sementara waktu.
Dia yang masih bujang menceritakan, sebelum ini, khemah tersebut dipasang untuk dijadikan tempat rehat dan meletak barangan tetapi kini ia ibarat seperti rumah tumpangan.
"Rumah pusaka arwah bapa berusia lebih 50 tahun telah musnah dalam sekelip mata dan sekarang, kami terpaksa berteduh di khemah ini daripada hujan dan panas sehingga rumah baharu dibina," katanya kepada pemberita di sini semalam. (Kosmo)

Lihat ini..

26 Sekeluarga, Tinggal Sesak Di Sebuah Rumah.

Berita Kemiskinan Malaysia Di Media Indonesia.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails