Tuesday, April 01, 2014

Jakim Peruntuk RM885J Bagi Syiar Islam..


















Kerajaan memperuntukkan RM885 juta tahun ini bagi perkembangan syiar Islam di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar). Beliau berkata peruntukan itu bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran aktiviti keagamaan untuk rakyat dan daripada jumlah itu RM540 juta diperuntukkan untuk pembayaran elaun imam, guru takmir, guru kelas agama dan fardhu ain (Kafa) serta pegawai penyelaras masjid daerah (PPMD).

"Peruntukan ini membuktikan kecaknaan kerajaan persekutuan dalam memastikan keselesaan empat golongan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah di peringkat akar umbi ini kerana mereka adalah teraju utama memastikan kelangsungan keharmonian masyarakat setempat.
Multaqa anjuran Jakim dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu itu dihadiri 1,300 imam, guru takmir, guru Kafa dan PPMD di negeri ini sebagai platform untuk berbincang isu berkaitan pengurusan dan pengimarahan masjid serta isu-isu semasa.

Jamil Khir berkata pada tahun ini, Jakim menyalurkan RM46.6 juta kepada kerajaan negeri Terengganu untuk membayar elaun kepada 1,043 imam (RM8.74 juta); 249 guru takmir (RM2.19 juta); 3,442 guru Kafa (RM35,256) dan tujuh orang PPMD (RM210,840). – Bernama, 31 Mac, 2014.

1 comment:

umroh surabaya said...

sangat menarik sekali ulasannya dan sangat bermanfaat...
salam kenal dari ikhram.com situs booking dan cari paket biro umroh lengkap nomer 1 di indonesia.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails