Thursday, December 13, 2012

Ziarah Yahaya Sulung, M'sia Negara Mewah?



KL: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan ziarah amal di rumah artis veteran, Datuk Yahya Sulong, Bandar Baru Sentul di sini semalam. Rombongan DPPWP yang diwakili oleh ketuanya, Kamaruzaman Mohamad itu tiba jam 8 malam telah disambut oleh Yahya sendiri.

Walaupun dalam suasana hujan yang lebat namun ianya tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda PAS WP untuk berjumpa dengan veteran artis dan pelawak ini. Pertemuan selama 45 minit tersebut telah membuahkan kemesraan di antara golongan muda dengan yang lama.

Veteran artis yang berusia 84 tahun ini memaklumkan bahawa isterinya sedang menghidapi barah paru-paru selama 6 bulan manakala beliau pula mengalami masalah semput. Penderitaan beliau bertambah parah apabila terpaksa menjelaskan tunggakan sewa rumahnya dengan pihak DBKL sebanyak RM800. Ini ditambah pula dengan tiadanya peluang berlakon selama 6 bulan dan beliau tidak mempunyai pendapatan yang lain.

Justeru, dalam pertemuan tersebut, pihak DPPWP telah memberikan sedikit sumbangan dan barangan dapur bagi meringankan bebanan mereka. Penderitaan artis veteran itu mendapat perhatian apabila akhbar melaporkan mengenai arahan DBKL supaya beliau dan isterinya mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

 Mengenai asalah hutang sewa rumah pelakon Datuk Yahya Sulong yang tertunggak berjumlah RM800 telah pun diselesaikan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Bercakap kepada mSar Online, Yahya memberitahu pihak DBKL telah berkunjung ke rumah beliau di di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul pada Selasa lalu dan mengambil semua bil-bil yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi presidennya iaitu Zed Zaidi turut hadir untuk menyerahkan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban penderitaan bekas pelakon veteran itu dan isteri beliau. 

Yahya Sulong (kiri) melahirkan rasa terharu apabila banyak pihak tampil menghulurkan bantuan. Foto MOHD AL QAYUM AZIZI.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah Malaysia lambang negara mewah? Bagaimana penyelesaian menurut Negara Islam atau negara Kebajikan?  Lihat juga..Miskin: Surau Jadi Rumah, Dlm Islam Bagaimana?
 
 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails