Tuesday, December 11, 2012

Inilah Majalah Seksi-porno Hidangan Masyarakat


MAJALAH yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Siapakah yang melepaskannya dijual secara bebas? 


KL: Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.

Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.

Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli. Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.
 
Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah bentuk tarbiah yang disengajakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap masyarakat Malaysia. Rakyat kena faham, itulah polisi Kerajaan BN yang dipaksakan ke atas umat Islam dan manusia bertamadun negara ini.  

Terima kasih Kosmo yang menyelongkar dedahkan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails