Saturday, September 12, 2009

USD Berpotensi Lingkup, Rizab Emas M'sia Susut.

Emas Malaysia susut?


Prof Nouriel Roubini

DOLAR Amerika Syarikat (AS) berpotensi lingkup. Demikian ramalan Nouriel Roubini seorang Profesor Ekonomi New York University yang terkenal jaguh meramal ekonomi. Tiga tahun lalu, dia meramal krisis kewangan melanda dunia, dan memang jelas sudah setahun ini, dunia dicengkam krisis tersebut.

"Jika kita percaya menekan inflasi adalah jalan keluar AS untuk menyelesaikan krisis, kita akan melihat kejatuhan nilai dolar AS," kata Roubini kepada Bloomberg.

Pangkal persoalannya adalah defisit anggaran dan hutang. Bukan mustahil dolar AS akan merudum semakin teruk jika AS tidak bertindak lebih serius menangani kedua masalah ini. Menurutnya lagi kejatuhan dolar tidak terjadi dalam waktu terdekat. Nilai dolar AS tidak berubah banyak terhadap yen dan euro. Tetapi, ada penyesuaian drastik antara dolar AS dengan mata wang negara berkembang dan pengeksport komoditi. Misalnya dengan yuan China dan mata wang negara berkembang Asia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pula, rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara. Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisytiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti. Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999. Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan. Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit. (Pelbagai sumber AK)

1 comment:

mr edz said...

sape yang jual tu? untuk apa di jual? kepada sape ia di jual? bvanyak persoalan nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails