Friday, September 11, 2009

Sebat Kartika: Kalau DAP Tak Nak Terima.. -Nik Aziz.

Hukuman sebat Kartika perlu kekal: Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukuman sebat yang dijatuhkan kepada model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, perlu dilaksanakan walaupun negara berhadapan kecaman dunia luar. :

Nik Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak perlu tunduk kepada dunia luar sebaliknya perlu patuh kepada ajaran Islam.

“Dunia luar ini dunia Yahudi. Kita mesti tunduk kepada agama bukan kepada dunia luar. Buat apa kita duk sibuk dengan dunia luar. Mereka ini kalau kita tak minum arak pun mereka kata kita tak pandai nak berkawan.

“Bagi mereka yang pandai berkawan ini minum arak, dadah. Kalau boleh bawa perempuan berseronok itu baru dunia luar seronok tapi hati perut kita sebagai hamba Allah takkan kita nak takut kepada dunia luar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Beliau berkata, kita perlu beritahu dunia luar cara yang betul dan bukan dengan cara mengikut kehendak mereka.

“Sebab itu dua tiga hari baru ini saya buat kenyataan keluar dalam Sinar Harian bermakna kita perlu cuba bebaskan diri daripada menjadi pak turut Eropah.

“Cuba ajar diri jadi pak turut Nabi Muhamad SAW. Kalau kita tanya dunia luar bukan mereka setuju, pedulikan mereka. Hak dia (barat) nak kata, biar dia kata. Tapi kewajipan orang Islam ni kena jawab.

“Kita tak boleh sekat mulut orang tapi kita jawab. Mana boleh kita nak ikut orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman yang dibuat negara luar dan media asing ekoran hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai.

Beliau berkata, hukuman sebat di dalam Islam bukan empat atau lima sebatan sebaliknya hukumannya 80 rotan.

“Dan rotan dalam Islam ni rotan bukan untuk suruh sakit tapi untuk malu. Hudud ni Kelantan dah buat. Kami berbincang dengan ramai tokoh termasuk Ketua Hakim sekarang.

“Kami dah buat dah draf dan lulus kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat (dulu) kata kalau buat juga benda ini akan diambil tindakan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tetapi sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) menguasai tampuk pemerintahan ia akan dilaksanakan.

“Bila kita yang sekarang ini dipanggil pembangkang menguasai Kuala Lumpur pandai la kita buat. Dia (Kerajaan Pusat) nak kata apa dah.

“Usaha akan terus dilakukan sehingga kiamat. Kalau DAP tak nak terima kita akan tanya di mana tidak kena dan sekiranya dia boleh beritahu di mana saya akan terima,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang menjadi masalah sekarang bukan DAP tetapi orang Islam sendiri. (Sumber Sinar Harian/AK)

Sila lihat...
Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PAS

2 comments:

anti bodoh dan jumud said...

setakat bertanding 60 kerusi parlimen dalam pilihanraya,kalau menang semua pun orang dengar ke cakap kita,itu 60 kerusi kalau menang semua,kalau menang 30-40 sahaja,walau pembangkang sekarang kuasai pusat dalam pilihanraya akan datang,silap-silap kita yang kena ikut mereka.demi kuasa apa pun boleh...jangan merepek sangat la,jangan la pulak lepas ni keluar kenyataan nak kuasai amerika pulak..bertaubatlah di bulan yang mulia ini

anti bodoh dan jumud said...

setakat bertanding 60 kerusi parlimen dalam pilihanraya,kalau menang semua pun orang dengar ke cakap kita,itu 60 kerusi kalau menang semua,kalau menang 30-40 sahaja,walau pembangkang sekarang kuasai pusat dalam pilihanraya akan datang,silap-silap kita yang kena ikut mereka.demi kuasa apa pun boleh...jangan merepek sangat la,jangan la pulak lepas ni keluar kenyataan nak kuasai amerika pulak..bertaubatlah di bulan yang mulia ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails