Sunday, September 06, 2009

Datuk Bandar London Ajak Non Muslim Berpuasa. Guan Eng Sila beri Perhatian..



Atas: Datuk Bandar London Boris Johnson & atas kanan Lim Guan KM P.Pinang.

Bawah: Datuk Bandar London, Boris Johnson sedang mengenakan 'Shawl', pakaian tradisional Parsi dalam sebuah kunjungannya ke masjid ...

LONDON– Datuk Bandar London, Boris Johnson, mengajak warga bukan Islam berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadzan untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik atas tetangga Islam mereka, Daily Mail melaporkan pada hari Jumaat, 4 September lalu.

“Saya menggalakkan masyarakat, terutama selama bulan Ramadzan ini, untuk mengambil tahu lebih jauh tentang Islam,” ujar Johnson dalam sebuah kunjungan ke Masjid London Timur dan London Muslim Centre.

“Tingkatkan pemahaman dan pembelajaran kita, bahkan berpuasalah selama satu hari dengan tetangga Muslim anda dan berbuka puasalah di masjid setempat.”

Di bulan Ramadzan, Muslim yang telah dewasa, kecuali mereka yang sakit dan dalam perjalanan, menahan diri dari makan, minum, merokok, dan berhubungan suami isteri mulai subuh hingga maghrib. Sebahagian besar mendedikasikan waktunya selama bulan suci itu untuk mendekatkan diri pada Allah dengan menahan diri, berbuat kebaikan, dan beribadah.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kaum Muslim untuk menghabiskan sebahagian harinya selama bulan Ramadzan membaca kitab suci Al Qur’an. Banyak lelaki yang melakukan i’tikaf (berdiam dan merenungkan diri) dalam 10 hari terakhir bulan Ramadzan di masjid-masjid. Johnson mengatakan bahawa memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Muslim akan membantu menyingkirkan idea-idea negatif dan mengakhiri perbedaan dalam masyarakat.

“Saya akan amat terkejut, kalau anda tak jumpa banyak persamaan lebih dari yang kita sangka." katanya.

Beliau juga memuji peranan Muslim dalam mengatasi 'stereotype tradisional'. “... di dalam pentas teater, komedi, sukan, muzik, atau politik, kaum Muslimin selalu bergelut dengan stereotype tradisional..” ujarnya. “Mereka menunjukkan bahawa mereka ada, dan menjadi sebahagian dari komuniti umum.”

Sebuah kajian dilakukan oleh kerajaannya baru-baru ini, telah menemui sebuah arus negatif dan cerita tidak seimbang di media Inggeris, telah memberikan gambaran buruk terhadap kaum Muslimin dan keyakinan mereka, dengan menggambarkan mereka sebagai musuh dalam selimut. Muslimin di sana, dianggarkan berjumlah hampir dua juta, telah diserang kuat dituduh sebagai pengganas. Mereka telah berulangkali mengeluh mendapat layanan buruk oleh pihak polis tanpa alasan, hanya semata-mata kerana mereka Muslim.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cara ini adalah suatu pendekatan yang baik, terutama bagi pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia. Mereka perlu menjelaskan keadaan Islam sebenar kepada rakan-rakan mereka yang bukan Islam sebagai langkah praktikal merapatkan jurang hubungan agama dan bangsa di negara ini. Saya harap KM Pulau Pinang membaca komen ini...

5 comments:

armouris said...

saya setuju, tapi terkilan pun ada...

kat uk sana tu, muslim minoriti, jadi kita seronok dengar bila pemerintah non-muslim sendiri amat terbuka untuk memahami islam.kalau majoriti non-muslim tak faham islam, itu normal.

tapi kita kat sini, kita yang muslim ni, majoriti, jadi pemerintah. ada kuasa untuk bagi pemahaman kat non-muslim - media, kempen, ceramah, forum - dalam skala mega, jadi agenda nasional. tapi tak dibuat. non-muslim pun tak faham jugak islam, sedangkan pemerintah islam. sampai kita yang bukan pemerintah ni (sori ye uncle), terpaksa mintak pulak dengan lim guan eng, tiru datuk bandar london....

kita terpaksa memohon bantuan non-muslim, sedangkan kita yang berkuasa boleh memahamkan mereka sendiri...

itulah dia, UMNO pembela agama....

armouris said...

biasanya, yang majoriti kena cuba memahami masalah minoriti, contoh kat london, non-muslim majoriti, mesti memahami masalah muslim yang minoriti....

kalu ikut logik yang sama, kita yang majoriti ni, perlu cuba fahamkan masalah non-muslim yang minoriti...

tapi sekarang, kita terpaksa minta lim guan eng sebagai wakil minoriti, cuba memahami kita ni yang majoriti...

dah terbalik pulak...

tapi ye la, nak buat macamane...umno dulu kini dan selamanya macam tu la...

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih komen anda. Al-hamdulillah.

pelempangjepon said...

saya setuju dgn armouris

kita boleh tgk syumulnya islam di negara yg umatnya minoriti tp bantutnya kesyumulan islam di negara yg muslimnya majoriti.

saya tidak maksudkan semua hanya segelintir sahaja =D

Selamat berpuasa dan beribadat kepada umat Islam semua=D

mr edz said...

sebab UMNO bongok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails