Tuesday, October 24, 2017

London Perkenal ‘cukai asap’, Kepada Kenderaan Hasilkan Pencemaran.

 AP - SEORANG penunggang basikal memakai topeng mulut dan hidung untuk melindungi diri daripada pencemaran udara di pusat bandar London semalam.

LONDON – London memperkenalkan caj ke atas kenderaan paling lama dan paling banyak menghasilkan pencemaran bagi memulihkan kualiti udara di kota raya ber­kenaan, kata Datuk Bandar, Sadiq Khan.
Dinamakan caj-T, cukai harian seba­nyak £10 (RM55.64) itu mula dikenakan semalam ke atas kenderaan enjin petrol dan diesel yang didaftarkan sebelum tahun 2006 dan tidak memenuhi standard pengelua­ran asap kenderaan dikenali sebagai Euro 4.
Caj baharu itu dikenakan mulai pukul 7 pagi hingga 6 petang, sama seperti cukai kesesakan lalu lintas berjumlah £11.5 (RM64.20) yang dikuatkuasakan pada hari bekerja.
Cukai tambahan itu meng­akibatkan sebahagian pemilik kenderaan perlu membayar caj £21.50 (RM120) sehari untuk memandu di pusat bandar London.
“Sebagai datuk bandar, saya bertekad untuk mengambil tindakan segera bagi membantu membersihkan udara ‘maut’ di London.
“London berdepan skala krisis kesihatan awam memalukan dengan beribu-ribu kematian pramatang berlaku akibat pencemaran udara. Semua ini harus ditangani,” kata Sadiq.
Langkah itu dilaksanakan selepas Mahkamah Tinggi Britain memutuskan bahawa United Kingdom gagal mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah berhubung pengeluaran gas nitrogen dioksida di sebalik usaha kerajaan memerangi pencemaran udara.
Langkah baharu tersebut juga merupakan sebahagian daripada inisiatif bernilai £875 juta (RM4.8 bilion) oleh pejabat datuk bandar bagi menangani pencemaran udara di London di samping pengenalan Zon Emisi Ultra Rendah (ULEZ) pada tahun 2019.
Hampir 9,500 warga kota London menjadi mangsa kematian pramatang setiap tahun kerana pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara, demikian kata kajian pada tahun 2015 oleh pasukan penyelidik di King’s College, London. – Reuters
IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails