Tuesday, October 24, 2017

Adun DAP Pun Kesal, K/Negeri Abaikan Laporan Kajian..


GEORGE TOWN — Anggota Dewan Undangan (Adun) Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Chue mendakwa pernah berkongsi laporan berhubung risiko projek pembangunan di lereng-lereng bukit di negeri ini, termasuk projek di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini, dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Teh berkata laporan berhubung risiko itu adalah hasil kajian sekumpulan pakar Universiti Sains Malaysia (USM) dan institusi dari Korea Selatan serta Jepun bersama pakar kejuruteraan awam dari Kuala Lumpur.
Hasil carian imej untuk Anggota Dewan Undangan (Adun) Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Chue
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu bersetuju dengan pendedahan dua rakan sejawatnya mengenai kelemahan kerajan negeri. 
lim-guan-eng-landslide
KM P.Pinang membisu..
“Tetapi ketika itu, kerajaan negeri Pulau Pinang menganggap saya terlalu sensitif dan seolah-olah memberitahu perkara itu (kejadian tanah runtuh) tidak mungkin berlaku dan sekarang ia berlaku malah meragut nyawa 11 pekerja di situ. Siapa yang akan bertanggungjawab?
“Kalau mereka (kerajaan negeri) ambil berat serta teliti laporan berkenaan, kemungkinan insiden itu tidak terjadi.
“Disebabkan kerakusan pihak-pihak berkenaan nyawa orang tidak bersalah terkorban,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian tanah runtuh Sabtu lepas, 11 pekerja projek pembinaan perumahan mampu milik maut ditimbus tanah runtuh ketika kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit itu.
Teh yang sebelum ini sering menyuarakan isu alam sekitar, berkata beliau kesal kerana bantahan penduduk serta hasil kajian pakar yang dibentangkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung ancaman alam sekitar di kawasan itu tidak dipedulikan.
Katanya Tanjung Bungah yang dahulunya dikenali sebagai kawasan hijau di negeri ini kini berdepan isu kemusnahan alam sekitar yang teruk disebabkan kerakusan projek-projek pembangunan berskala besar dan mewah.
Beliau turut mendakwa kemusnahan yang dimaksudkan bukan setakat projek-projek di lereng bukit malahan sebahagian beberapa anak sungai di situ telah ‘dikonkrit’kan oleh pemaju kerana mahu melaksanakan pembinaan.
“Saya dan persatuan penduduk telah membuat bantahan kepada pemaju terlibat tetapi seperti selalu, tidak dipedulikan.
“Sebenarnya bila anak-anak sungai itu dikonkrit air hujan terutama dari kawasan bukit di situ tidak boleh mengalir dengan baik serta menyebabkan berlaku banjir kilat dan tanah runtuh,” katanya. — Bernama
IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails