Monday, October 23, 2017

T/Runtuh, Kenapa Tak Peduli Bantahan JAS? -Mohideen A/Kader


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) amat terkejut apabila mendapati bahawa Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memilih untuk tidak mempedulikan bantahan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tapak pembangunan projek kediaman di Lembah Permai, Tanjung Bungah.
JAS telah menolak permohonan bagi kebenaran merancang selepas mengambil kira bahawa tapak pembangunan itu terletak berdekatan kawasan kuari dan tidak terdapat zon penampan antara projek apartmen dan aktiviti kuari berdekatan seperti yang dinyatakan dalam ‘Garis Panduan Tapak dan Zon Kawasan Kediaman dan Industri’.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 22 Oktober 2017, dinyatakan bahawa kawasan persekitaran itu tidak selamat dan aman untuk penduduk mendiaminya.
Kerajaan negeri dan MBPP mesti menjelaskan kenapa mereka tidak mematuhi saranan JAS.
Jawatankuasa Pusat Sehenti MBPP terdiri daripada Datuk Bandar dan agensi teknikal seperti JAS, JKR, JPS, Pejabat Tanah dan Daerah, dan sebagainya. Pihak Majlis berunding dengan agensi teknikal yang merupakan badan pakar sama ada terdapat sebarang bantahan terhadap pembangunan.
Kerajaan negeri dan Majlis khususnya mesti menjelaskan alasan tidak mempedulikan saranan  JAS.
Bantahan oleh JAS tidak boleh dipandang ringan memandangkan pihak Jabatan itu bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan alam sekitar.
Berdasarkan kepada bantahan oleh JAS, seluruh proses kelulusan untuk projek itu seharusnya dianggap tidak sah kerana tidak mengikuti proses perundangan.
Seterusnya, Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) juga telah dilanggar oleh pihak berkuasa negeri dan MBPP.
Menurut RSNPP yang diwartakan dan mempunyai kuatkuasa undang-undang, kawasan Tanjung Bungah dikhususkan sebagai ‘koridor kedua’. Seterusnya RSNPP menyatakan projek perumahan di kawasan ‘koridor kedua’ tidak boleh melebihi 15 unit seekar.
Bagaimana projek perumahan seperti itu yang jelas melanggar Rancangan Struktur dibenarkan mestilah disiasat.
Jelas sekali, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mestilah ditubuhkan bagi menangani isu perundangan dan kenapa pihak berkuasa Negeri dan MBPP tidak mematuhi undang-undang, RSNPP serta Garis Panduan dan Bantahan JAS.
Ini bukan sekadar satu tragedi di tapak pembinaan. Ia jelas berkaitan dengan pembangunan tanah bukit dan proses yang meliputi kelulusan perancangan dan pencabulan undang-undang.
RCI ini mestilah menyeluruh untuk memastikan semua pihak berkuasa bertanggungjawab dipertanggungjawabkan  termasuk pihak berkuasa kerajaan berkenaan daripada Ketua Menteri hinggalah MBPP, pemaju dan kontraktor bertanggungjawab.
JAS juga seharusnya lebih proaktif dalam mengambil tindakan apabila kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak mempedulikan saranan mereka. Ini bukan satu perkara yang kecil.
Seterusnya, kami mengesa pihak kerajaan negeri dan majlis serta pemaju menyediakan pampasan yang sewajarnya kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam tragedi itu.
Keluarga mangsa boleh datang ke Pejabat CAP untuk mendapatkan bantuan jika memerlukannya.
Tambahan lagi, pembeli unit dalam projek itu seharusnya layak untuk mendapatkan semula pembayaran balik sepenuhnya dan projek itu perlu dihentikan dan tidak dibenarkan untuk dijalankan atas faktor keselamatan.
Hasil carian imej untuk Mohideen Abdul Kader
Mohideen Abdul Kader
Naib Presiden CAP dan Ahli Majlis SAM
Meenakshi Raman
Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah - HARAKAHDAILY 23/10/2017

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Pulau Pinang sudah tak profesional, dikaitkan dengan rasuah, pentadbiran tidak mahu ikut peraturan seperti kes ini, tak mampu selesaikan masalah banjir, perkauman dan perlu ditolak dalam PRU 14 akan datang.

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

2 comments:

Anonymous said...

Kerana DAP dibawah kuasa Abuya Penang yg hanya pentingkan banglo terlajak diskaun. Biar orang susah janji aku duduk banglo mewah harga murah

Anonymous said...

Mana mujahid mana mat sabu. Depa tu orang Penang. Mana Wan Ji mana sepudin. Depa tu baik dgn abuya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails