Majlis itu berlangsung bersempena Program Ihya Ramadan anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Wanita negeri dan Persatuan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Permint (Perminita).
Pengerusi Perkim Wanita negeri, Toh Puan Kasma Mokhtar berkata, program pemberian sumbangan kepada saudara baharu itu merupakan aktiviti tahunan Perkim Wanita dalam usaha membantu golongan berkenaan menjelang Ramadan.
Katanya, pada tahun ini, Perkim Wanita Terengganu bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan Perminita bagi menjayakan program tersebut selain turut memberi sumbangan kepada saudara baharu.
“Perminita menyumbang duit raya dan barangan makanan manakala Perkim Wanita memberikan sumbangan pakaian raya,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di Kediaman Pengerusi Perkim Wanita di Kubang Parit di sini semalam.
Yang turut hadir, Pengerusi Perminita, Wan Zurina Wan Ramli yang merupakan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Menurut Kasma, program itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu golongan berkenaan menikmati bulan Ramadan dengan lebih ceria, tenang menjelang Aidilfitri.
Katanya, walaupun sumbangan yang diberikan itu tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringan beban mereka untuk menyambut Ramadan.
Sementara itu, Wan Zurina berharap sumbangan yang diberikan itu dapat mengembirakan saudara baharu menyambut Ramadan dan Aidilfitri.
“Saya juga rasa bangga kerana dapat membantu saudara baharu dan berhasrat untuk menjadikannya program tahunan persatuan,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE
Lihat sebelum ini..