Wednesday, May 08, 2019

Rakyat M'sia Raih Mrs World? M'sia Julang Najis. Apakata Ustaz PH?


GAMBAR fail, Mrs Malaysia World 2017, Datin Harveen Kaur memakaikan mahkota kepada Kokilam Kathirvailu pemenang Mrs Malaysia World 2018 di Kuala Lumpur, pada September 2018. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam


Rakyat Malaysia raih tempat ketiga pertandingan Mrs World 2019
KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya sejak 35 tahun, seorang rakyat Malaysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World.
Kokilam Kathirvailu, 34, meraih tempat ketiga pada pertandingan Mrs World 2019 yang diadakan di West Gate Resort di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Sabtu, menurut Pengarah Nasional Mrs Malaysia World Datin Harveen Kaur yang juga juara Mrs Malaysia World 2017.
 Kokilam Kathirvailu, yang meraih tempat ketiga pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu. - Foto BERNAMA
Dalam satu kenyataan beliau, berkata pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 itu menampilkan peserta dari 38 negara.
Mahkota Mrs World 2019 menjadi milik Jennifer Le dari Vietnam manakala Matapa Maila Rikhotso dari Afrika Selatan muncul naib juara.
Kokilam yang berasal dari Kuala Lumpur dan seorang ibu kepada tiga anak itu dimahkotakan sebagai Mrs Malaysia World 2018-2019 dalam pertandingan yang diadakan September lepas di ibu negara.
Harveen Kaur berkata, Kokilam akan pulang ke tanah air malam ini dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.55 malam.
Beliau berkata, matlamat utama pertandingan Mrs World adalah “satu perayaan bagi wanita berkahwin mendapat kejayaan dalam rumah tangga dan menggunakannya untuk membawa lebih banyak kegembiraan di dunia”.
Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia yang diasaskan oleh David Marmel yang juga presidennya. Ia diwujudkan pada 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banggakah umat Islam Malaysia, yang Islam jadi Agama bagi Persekutuan Malaysia/Tanah Melayu, bila rakyat Malaysia raih tempat ketiga pertandingan Mrs World 2019 Sabtu lalu? Apakata ustaz-ustaz dalam PH?
 Ratu Cantik yang buruk perangai, antarnya.. 
BEIJING: Seorang ratu cantik Colombia disabitkan atas tuduhan menyeludup dadah oleh sebuah mahkamah China dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, Akhbar Yangcheng Evening News berkata, Juliana Lopez Sarrazola, 23, ditangkap ketika memiliki komputer riba bersama 610 gram kokain disembunyikan di dalamnya di sebuah lapangan terbang di bandar selatan Guangzhou Julai tahun lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails