Tuesday, May 07, 2019

PAS Alu-alukan Pelantikan Ketua Hakim Negara


PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta mengalu-alukan perlantikan Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimum binti Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara, Malaysia yang baru.
PAS yakin pelantikan tersebut dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di atas merit berdasarkan pengetahuan yang tinggi, pengalaman yang luas serta kredibiliti Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimum binti Tuan Mat sepanjang beliau menggalas pelbagai tugas dan jawatan di dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan negara.
PAS juga menaruh keyakinan Y.A.A. sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, mempunyai visi dan misi untuk mempertahankan kebebasan Badan Kehakiman berdasarkan konsep Pengasingan Kuasa (separation of power) serta menjamin keadilan ditegakkan berdasarkan sistem perundangan negara
PAS seterusnya meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan agar Y.A.A. Ketua Hakim Negara dapat menjamin Mahkamah memastikan supaya prinsipprinsip Islam sebagai Agama Persekutuan dapat direalisasikan dan diterjemahkan sebagai suatu cara hidup (way of life), bukan sekadar peruntukan perundangan yang terhad semata-mata. Ini adalah selaras dengan kedudukan Islam dan perundangannya sebagai agama sejagat dan telah terbukti menjamin keadilan untuk semua. Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS 

Bertarikh: 06 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 6/5/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails