Friday, May 10, 2019

Lagi Bahaya Pusat Hiburan. Di Jalan Klang Lama, ‘Datuk Seri’ Dicari..



KL macam Hong Kong: ‘Datuk Seri’ dicari kerana merusuh
KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1440H, Khamis – Empat lelaki, termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’, dicari bagi membantu siasatan insiden rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua individu berkenaan yang disyaki mempunyai kaitan dalam insiden rusuhan itu diminta menyerah diri dengan segera.
Katanya, polis juga telah menahan 14 individu berusia 26 hingga 47 tahun, dipercayai anggota Geng 21 dari Ampang, kerana terbabit melakukan rusuhan, sejak Sabtu hingga semalam.
“Polis turut merampas senjata serta kenderaan yang digunakan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian ini.
“Siasatan mendapati seorang suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan pemeriksaan urin mendapati mereka negatif dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mazlan berkata, siasatan awal mendapati insiden rusuhan itu dipercayai berlaku susulan pergaduhan awal beberapa individu di sebuah pusat hiburan di Cheras pada hari yang sama.
“Ekoran tidak puas hati, salah satu pihak bertindak balas melakukan rusuhan dan kemungkinan akibat perasaan cemburu membabitkan seorang wanita.
“Polis memandang serius insiden rusuhan ini dan kita sedang siasat sejauh mana Geng 21 ini aktif,” katanya sambil menambaituyang mengakibatkan barang-barang di premis itu rosak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh.
Bernama sebelum ini melaporkan sekumpulan individu bersenjata dipercayai anggota kongsi gelap menyerang dan merosakkan pusat hiburan berkenaan pada 9.20 malam, Jumaat lepas.
Kumpulan terbabit dikatakan meluru masuk ke dalam premis itu sebelum memecahkan meja, kerusi, televisyen, gelas, kabinet dan barangan perhiasan, namun kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan serta mangsa. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails