Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, tindakan pembangkang itu memang telah dijangka, justeru beliau berharap supaya orang Melayu khususnya berfikir secara rasional dan bukannya terpengaruh dengan isu-isu sedemikian.
Kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan, hal ini berikutan sokongan orang Melayu itu sudah berpecah kepada lima haluan antara Pas, UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelasnya, antara isu bersifat perkauman yang dibangkitkan adalah Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh menterinya, Lim Guan Eng dan pengambilalihan aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
“Siapa mencuri duit? Kamu masih mahu mereka (Kerajaan Najib)? Kamu boleh memilikinya. Kementerian Kewangan beli (aset-aset Tabung Haji) RM19 bilion. Kamu tidak gembira? Sesuatu tidak betul.
“Oh, (UMNO dakwa) Kementerian Kewangan adalah Cina. Apa Cina? Ini Kerajaan Pakatan Harapan. Kamu perlu fikir secara rasional.
“Hanya orang bodoh yang percaya perkara-perkara sedemikian dan saya cakap terlalu ramai orang bodoh di sekeliling,” katanya dalam wawancara bersama This Week in Asia oleh South China Morning Post, Khamis lalu. - UTUSAN ONLINE