Berlangsung di Hotel Pavilion Kuala Lumpur, teater muzikal Ola Bola diangkat sebagai salah sebuah daripada empat pemenang naskhah terbaik 2018.
Selain Ola Bola, tiga naskhah muzikal lain yang memenangi kategori itu adalah American Tapestry terbitan Philharmonic Winds of Malaysia, Dear Molly (Greenhopper Theatre) dan Eight Twelve (Eight Twelve).
Antara kemenangan besar yang diraih oleh teater terbitan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. itu termasuk Persembahan Terbaik Teater Muzikal, Pelakon Utama Terbaik (Brian Chan), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Pencahayaan Terbaik, Skor Terbaik dan Koreografer Terbaik.
Bertepatan dengan jangkaan ramai, Tiara Jacquelina sendiri turut pulang dengan senyuman apabila merangkul Anugerah Pengarah Terbaik menerusi naskhah tersebut.
Untuk pengetahuan, naskhah muzikal itu pernah dipentaskan sebanyak dua kali di Istana Budaya iaitu pada Februari 2018 dan Februari tahun ini.
Ola Bola adalah naskhah yang paling banyak menerima pencalonan iaitu 10 kategori pada malam tersebut.
Tidak sekadar menghargai teater muzikal, anugerah ini juga mengangkat cabang teater (tradisional) dengan mengangkat Jonathan Chew bagi kategori Pelakon Utama Terbaik menerusi naskhah The Bee By Hideku Noda & Colin Teevan.
Sementara Pengarah Terbaik pula menyaksikan kemenangan diraih oleh Chang Wei Loy menerusi pementasan teater Hoong Siamang Hooong.
Anugerah BOH Cameronian ke-16 yang mengangkat tema Mulanya Di Sini menyaksikan sebanyak 32 pencalonan dipertandingkan. Antara naskhah lain yang turut tercalon adalah Madame Butterfly, The Edge, Company dan Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik.
Pada malam penganugerahan tersebut, penyanyi Zee Avi dan tokoh seni tarian terkenal, Profesor Dr. Joseph Gonzales diangkat sebagai Gamechangers.
Mereka adalah ikon yang telah membawa nama Malaysia ke peringkat luar dalam dunia seni.
Setiap tahun Anugerah BOH Cameronian turut mempertandingkan empat cabang seni iaitu teater muzikal, teater (tradisional) tarian dan muzik.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk acara Malam kemenangan Ola Bola
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah antara siri-siri yang memainkan peranan menghancurkan akhlak remaja Malaysia, supaya terpesung dari ajaran mana-mana agama yang membawa kepada kebaikan... Terutamanya Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia.
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)