Friday, May 10, 2019

'Kami boleh bom semua bandar Israel dalam beberapa jam..’ - Amaran S/Usaha Jihad Islam


 Umat Islam Palestin mendirikan solat Tarawih di Masjid Al-Aqsa di Tebing Barat, semalam.


SEMENANJUNG GAZA, 3 Ramadan 1440H, Rabu – Jihad Islam memberi amaran kumpulan itu boleh mengebom semua bandar Israel dalam masa beberapa jam sahaja, jika rejim pengganas Zionis terus melancarkan serangan ke atas bumi Palestin.
Setiausaha Agungnya, Ziyad Al-Nakhaleh memberi amaran itu selepas rejim Zionis menyasarkan orang awam di wilayah terkepung itu, dalam usaha memberi tekanan kepada pejuang Palestin.
“Apa yang berlaku di Gaza adalah siaran langsung latihan pertempuran bagi menghadapi perang terbesar yang akan datang dan tidak dapat dielakkan.
“Ada perjanjian tersirat di kalangan pejuang Palestin untuk melakukan serang balas serta-merta apabila rejim Israel menyerang Semenanjung Gaza,” katanya dalam temubual dengan stesen televisyen Al Mayadeen, hari ini.
Beliau mengesahkan pertemuan dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Kaherah dan persetujuan menubuhkan pusat pemerintah bersama bagi melakukan serang balas.
“Kami tidak akan menerima alasan palsu Israel yang membolehkan mereka mengebom rumah warga Palestin, tetapi pada masa sama menghalang kami daripada bertindak balas,” katanya.
Desakan utama rakyat Palestin ketika ini ialah menamatkan kepungan ke atas Semenanjung Gaza, dan berhenti menyerang penunjuk perasaan ‘Great March of Return’ yang menuntut hak mereka ke atas tanah yang diduduki secara haram oleh Zionis, dikembalikan.

Sambil menegaskan tunjuk perasaan itu tidak akan dihentikan, beliau berkata, rejim Israel mesti mematuhi komitmen dibuatnya dengan Mesir, yang membawa kepada gencatan senjata.
Ziyad berkata, pejuang Palestin di Gaza menjangkakan rejim Zionis akan melakukan serangan pada musim panas akan datang sebagai sebahagian daripada usaha untuk memaksa pejuang meletak senjata.
Katanya, sebagai kumpulan pejuang, mereka bersedia bertempur dalam sebarang peperangan.
Jihad Islam juga katanya, kecewa dengan pendirian Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas yang menghantar pesanan kepada negara Arab menggesa pelucutan senjata di Semenanjung Gaza dan mengisytiharkan kumpulan pejuang sebagai militan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan di Gaza, Naji Sarhan mengesahkan 130 unit kediaman musnah sama sekali dalam serangan rejim Zionis beberapa hari lalu.
“Kira-kira 700 rumah lagi rosak sebahagiannya. Kami melakukan pemantauan sejak hari pertama rejim Israel melakukan serangan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut merayu masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin bagi membina semula penempatan mereka yang musnah. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails