Terbaharu Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) pula tampil menyuarakan kekecewaan dan kekesalan mereka terhadap sikap kementerian berkenaan dengan mendakwa ia cubaan membunuh amalan demokrasi sedia ada dalam pertubuhan peladang.
Bantahan PPNS itu turut disokong 14 Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) negeri ini.
Pengerusi PPNS, Dr. Abdul Razak Kasbollah berkata, pindaan yang jelas memperlihatkan cubaan pihak kementerian untuk campur tangan jelas melanggar prinsip demokrasi yang diamalkan selama ini di mana Ahli Jemaah Pengarah PPK, PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (NAFAS) dipilih oleh akar umbi.
“Pertubuhan Peladang bukanlah syarikat milik kerajaan (GLC) yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik sesiapa disukai. Ia ditubuh dan digerakkan seperti sebuah koperasi yang mana Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dipilih dalam kalangan ahli-ahli yang juga pemegang saham di Pertubuhan Peladang.
“Perlantikan Menteri secara melampau dalam PPK, PPN serta NAFAS ini akan mematahkan semangat demokrasi Malaysia Baharu yang berkehendakkan amalan demokrasi tulen yang dipraktikkan peladang selama ini, “katanya.
Sehubungan itu, Abdul Razak berkata, PPNS yang mempunyai 51,500 meminta Datuk Salahuddin Ayub selaku Menteri memulihkan kembali semangat demokrasi dengan meneliti semula pindaan atau berdepan tindak balas lebih tegas daripada pertubuhan peladang.
Beliau menambah, ketegangan ini sebenarnya boleh dielak jika Salahuddin melakukan sesi perbincangan dengan peladang di peringkat kebangsaan, negeri mahupun kawasan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Sebelum ini, beberapa Pertubuhan Peladang negeri telah tampil membantah tindakan Salahuddin secara terbuka dengan Pertubuhan Peladang Kelantan mengambil sikap paling keras iaitu membawa isu berkenaan ke mahkamah. -UTUSAN ONLINE


Hibur hibur sikit..

Video: Wali Band ya Allah.