SRI Lanka mengusir lebih 600 warga asing, termasuk 200 pendakwah dan ulama Islam sejak serangan bom yang mengorbankan 257 orang.
AFP melaporkan, menurut Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardena, ulama dan guru agama terbabit memasuki Sri Lanka secara sah namun operasi keselamatan sejak serangan bom berkenaan mendapati mereka tinggal melebihi tempoh menyebabkan denda dikenakan sebelum diusir.
“Berikutan keadaan semasa dalam negara, kami mengkaji semula sistem visa dan mengambil keputusan memperketat permohonan visa untuk guru agama.
“Daripada keseluruhan yang diusir, 200 adalah pendakwah Islam,” katanya.
Beliau tidak menyatakan warga negara mereka yang diusir itu namun menurut polis, ramai rakyat asing yang tinggal melebihi tempoh itu dari Bangladesh, India, Maldives dan Pakistan.
Beliau tidak menyatakan warga negara mereka yang diusir itu namun menurut polis, ramai rakyat asing yang tinggal melebihi tempoh itu dari Bangladesh, India, Maldives dan Pakistan.
“Ada institusi agama yang mempunyai pendakwah asing sejak beberapa dekad lalu. Kami tiada masalah dengan mereka, namun banyak pertubuhan agama muncul kebelakangan ini,” kata Abeywardena.
Sementara itu, BBC melaporkan pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk menyerahkan pedang, parang dan pisau besar.
Menurut polis, pisau untuk kegunaan harian tidak termasuk dalam arahan itu yang memerlukan semua orang menyerahkan senjata terbabit dalam masa dua hari, mulai kelmarin.
Dalam operasi keselamatan sejak serangan bom itu, pasukan keselamatan merampas ratusan senjata pelbagai jenis.
Selain senjata tajam terbabit, jurucakap polis, Ruwan Gunasekara, juga mengarahkan mereka yang mempunyai pakaian seragam polis atau celoreng tentera supaya menyerahkannya di balai polis berdekatan. (Agensi)
1 comment:
Makasih gan infonya saya jadi paham.
Post a Comment