Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Petama diwujudkan oleh Yayasan Pahang pada 3 Mei 1998 lalu dan diuruskan oleh Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) iaitu anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang.
"Visi pertama adalah melahirkan modal insan dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang bertamadun sesuai dengan arus pembangunan negara, berasaskan ajaran-ajaran Islam.
"Tahniah kepada saudara-saudara baharu Islam kerana telah memilih jalan yang benar dan kembali kepada fitrah," katanya pada Majlis Pengislaman dan Meraikan Saudara Baharu di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Yang hadir sama, Timbalan Yang Dipetua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan.
Pada hari ini menyaksikan pengislaman seramai 47 orang saudara baharu yang terdiri daripada masyakat Orang Asli dari daerah Rompin.
Turut diraikan seramai 21 orang saudara baharu yang memeluk Islam baru-baru ini yang terdiri daripada bangsa Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Orang Asli. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sejak 2008 hingga Julai 2019, kira-kira 11 tahun, baru 3,928 orang.. Oleh yayasan negeri atau pihak kerajaan, ertinya perkembangan dakwah yang lembab!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..