Saturday, September 14, 2019

Ia, Bertubuh Kecil, Ayu, Tapi Jadi Ceti Haram Along Wanita..


Erin (kanan) Ketika ditemui wartawan.  


WALAUPUN bertubuh kecil dan kelihatan ayu, siapa sangka dia pernah bergelumang dengan bidang yang jarang diceburi wanita apabila menjadi ceti haram atau along.
Bukan itu saja, tugas Erin, 30, membuat kacau dan mengaibkan pelanggan yang ‘liat’ membayar hutang demi mengejar komisen tinggi. Namun, bagi wanita ini apa yang dilakukan demi mencari rezeki walaupun tahu pekerjaan itu salah dan seolah-olah menindas mangsa.
Menceritakan bagaimana dia boleh menjadi ceti haram, Erin berkata, dia terdesak mencari pekerjaan dan pergi ke sebuah syarikat yang menawarkan kerja, tiga tahun lalu.

“Selepas diterima bekerja, baru saya tahu syarikat berkenaan menawarkan pinjaman wang kepada pelanggan.
“Pada mulanya mereka akan mengajar kami melakukan strategi pemasaran, bagaimana untuk mencari pelanggan.
“Tahun ketiga saya dinaikkan pangkat menjadi seorang leader yang ditugaskan untuk mengutip hutang dengan pelanggan dan bermula dari situ saya mula dikenali antara along wanita cukup ditakuti,” katanya.
Katanya, bagi pelanggan yang melarikan diri daripada membayar hutang, dia akan ke tempat kerja untuk mengutip hutang bertujuan memalukan pelanggan itu.
“Di situlah saya mula memainkan peranan dengan membuat kacau di tempat kerja mereka supaya tidak lagi bertangguh dalam membayar hutang.
“Saya bukan nak tunjuk hebat, tapi saya buat atas dasar kerja kerana jika saya dapat kutip lebih, gaji saya pun akan sedikit lebih,” katanya yang memperoleh pendapatan sekitatau ar RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.
Katanya, keluarganya mengetahui mengenai pekerjaannya namun dia tiada pilihan lain berikutan taraf pendidikan tidak tinggi menyukarkan dia mendapat pekerjaan.
“Kakak ada juga menasihatkan saya supaya mencari pekerjaan lain, namun memang sukar mencari kerja sekarang,” katanya.
Mendedahkan hal lain, Erin berkata, kebanyakan syarikat along akan mengambil wanita Melayu untuk bekerja untuk menarik pelanggan.
“Saya berani potong jari, semua syarikat wang berlesen akan ada wanita Melayu yang bekerja di dalamnya.
“Ini bagi menarik pelanggan Melayu untuk meminjam wang dengan kami dan taktik ini membuatkan saya muak untuk bekerja lagi dengan mereka.
“Bos saya pernah memberi arahan tidak boleh mengambil pelanggan lain selain daripada Melayu. Perkara ini membuatkan saya berhenti daripada menjadi ceti haram,” katanya.
Erin berkata, dia berharap orang ramai membuka mata untuk tidak meminjam dengan along lagi kerana mereka memang menipu pelanggan dalam setiap urusan pinjaman.
“Ada seorang pelanggan yang meminjam dengan kami selama enam bulan saja dan berjaya melangsaikan hutangnya, namun bos saya ‘pusing’ mengatakan hutangnya belum habis dibayar dengan mereka pelbagai cerita,” katanya. (MyMetro)


Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Puak barua ternakan lintah darat kafir sanggup menindas kaum sendiri tanpa belas kasihan kerana mereka zalim dan kejam dan sanggup menipu kaum sendiri kerana mereka tidak percaya pada pembalasan di akhirat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails