Saturday, September 14, 2019

Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Remajanya Bebas 'babas'?


Wanita Arab Saudi 'banjiri' jalan.

PEMANSUHAN larangan memandu terhadap wanita di Arab Saudi yang berkuat kuasa selepas tengah malam Sabtu, menyaksikan golongan tersebut tidak membuang masa memandu kenderaan masing-masing dan mula membanjiri jalan raya di seluruh pelosok negara itu seawal pagi Ahad.

TV Arab Saudi turut menyiarkan secara langsung peristiwa bersejarah menyaksikan 10 wanita Arab Saudi menjadi antara kaum hawa pertama yang memandu kereta mereka di negara itu, hari ini.

Ramai wanita berkata mereka benar-benar mengecapi erti kebebasan hari ini. Pemansuhan larangan memandu itu adalah susulan pengumuman Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada September lalu.

Hasil carian imej untuk Saudi Arabian Pop Singer Tamtam
Penyanyi wanita Arab Saudi, Tamtam, berkiblatkan Los Angeles, bukan lagi ke Kaabah di Saudi.. 


Menjelang hari bersejarah itu pada Ahad, seorang penyanyi wanita Arab Saudi, Tamtam, yang berpangkalan di Los Angeles, telah menulis sebuah lagu khusus bagi meraikan golongan wanita yang memandu di Arab Saudi.

Lagu itu, yang dirakam menerusi sebuah video bertajuk ‘Drive,’ dan dikeluarkan secara eksklusif kepada portal berita online, Arab News, berkisar tentang penyanyi tersebut yang memandu kereta idaman beliau, Ford Mustang convertible klasik berwarna kuning, bersama rakannya.

Menurut undang-undang, wanita Arab Saudi perlu berusia 18 tahun sebelum layak mendapatkan lesen memandu peribadi, yang terpakai kepada semua jenis kenderaan termasuk motosikal, manakala usia bagi memperoleh lesen memandu awam ialah 20.

Arab News melaporkan bahawa pemansuhan larangan memandu terhadap wanita Arab Saudi adalah kemuncak bagi pencapaian tahun yang dramatik sejak pelantikan Putera Mahkota Mohammed Salman.

Portal berita itu menyebut bahawa permulaan tahun 2018 telah menyaksikan keputusan yang membawa kerajaan Arab Saudi lebih dekat dengan langkah bagi mengakhiri segala bentuk diskriminasi terhadap populasi wanitanya, yang turut menyaksikan kaum hawa dibenarkan menonton perlawanan bola sepak bersama-sama keluarga mereka.

Pada 18 April, satu lagi larangan yang berkuat kuasa selama 35 tahun terhadap panggung wayang dimansuhkan, dengan penayangan sebuah filem keluaran Marvel iaitu "Black Panther."

Menjelang 2020, kira-kira 3 juta wanita dijangka memandu di Arab Saudi, menurut satu laporan yang disusun oleh firma audit PwC. 

(BERNAMA: Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beralasan pemansuhan 
larangan memandu terhadap wanita di Arab Saudi seolah-olah memberi kebebasan kepada wanita-wanita Saudi untuk mengimport budaya hidup barat yang bertentangan dengan agama Islam di negeri kelahiran Nabi Muhammad SAW itu.

Artis-artis Saudi ala barat  sudah mula ditonjolkan. Akan berubahkah budaya Saudi kepada cara hidup barat yang meninggalkan Islam, terutama wanita dan remajanya di masa mendatang? 

Mungkinkah ke'babas'an cara hidup barat mungkar, akan menjadikan Mekah Madinah, Jeddah sebagai pemangkin atau pengkalan tempat bertolak pengembangan virus jahat itu?

Na'auzubillahi zalik..


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)



Lihat Sebelum Ini..
Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...

Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...

Siri 4: Wanita Arab Saudi 'banjiri' Jalan (4). Peluang Rem...
Siri 5: Rakyat Asing Boleh Jadi Penduduk Tetap Di Saudi. ..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails