Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Datuk Iskandar A. Samad berkata, Zuraida sebaliknya perlu mengutamakan usaha menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi rakyat di negara ini.
"Reach berpandangan masih ramai rakyat Malaysia belum memiliki rumah dan menghadapi masalah untuk membelinya maka mereka ini yang perlu didahulukan dan dibantu bukannya rakyat negara luar.
"Bantahan besar-besaran terhadap campur tangan Beijing di Hong Kong telah membuat wilayah itu berada di dalam keadaan tidak stabil dan akan menyebabkan ramai penduduknya berhijrah ke negara luar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Iskandar, Zuraida juga tidak sepatutnya menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama penduduk kedua-dua negara sebaliknya beliau seharusnya membiarkan Hong Kong dan China menyelesaikan masalah mereka sendiri.
"Reach mengingatkan Zuraida bahawa beliau adalah Menteri Perumahan Malaysia dan bukan Menteri Perumahan Hong Kong atau China.
"Selesaikan masalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat negara lain," tegasnya.