Monday, September 09, 2019

Ahli Sukan Ternama Dunia Dari Rusia Jadi Imam Solat.

Khabib imam solat, netizen tersentuh hati
Foto Khabib Nurmagomedov mengimamkan solat dikongsi oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi beliau.

SUKAN
TIDAK hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu 'musuhnya' bahkan atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah.

Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau memuat naik foto Khabib menjadi imam solat.

Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.


Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan hanya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Pencipta dan mengabdikan diri.

Dan kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.


"Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya'Allah," tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.

Khabib, 30, berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi pada Ahad selepas mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Keputusan pertarungan yang menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.

Kehebatan dan ketangkasan Khabib menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia.

BACA: Perkara nombor satu dalam MMA ialah hormat - Khabib


Al-hamdulillah! (IH)


Lihat..
 Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails