Friday, September 13, 2019

Cuci Pungkok Dengan ‘Air Suci’ Di Bali. Pelancong Biadap. M'sia?

BeFunky-collage-2
Peiancong Rusia Dikecam Kerana Gurauan Cuci Punggung Dengan ‘Air Suci’ Di Bali

SEBELUM ini tular di media sosial, sebuah video aksi pasangan warga Rusia mencuci punggung menggunakan air suci di Bali minggu lalu. Video aksi tersebut dimuat naik sendiri oleh Sabina Dolezalova menerusi Instagram story.
Melalui video tersebut, kelihatan Sabina Dolezalova seperti sedang ‘bergurau’ bersama pasangannya iaitu Zdenek Slouka dengan menggunakan air yang mengalir dari kuil untuk membersihkan bahagian punggungnya.


Malah, aksi mereka dikatakan telah mencemar kesucian kuil tersebut dan mengundang kemarahan penduduk setempat. Bagi anda yang tidak tahu, bagi masyarakat di sana, kawasan tersebut merupakan kawasan suci dan kelakuan mereka ini biadab dan tidak menghormati budaya di sana.Menurut seorang senator dari Bali, Dr. Arya Wedakarna mengatakan bahawa tindakan pasangan itu telah mencemarkan kawasan peninggalan kuil yang dianggap suci di Ubud.Malah Dr. Arya menggesa pasangan tersebut untuk tampil memohon maaf kepada masyarakat setempat.

Berikutan itu, ada beberapa penduduk yang dikatakan telah meminta Agensi Imigresen Bali untuk menghalang mereka dari meninggalkan Bali dan bertanggungjawab atas aksi mereka. Lantaran itu, pasangan tersebut telah tampil memohon maaf melalui Instagram Story mereka dan mengakui kesilapan mereka.




Tetapi, ramai merasakan bahawa permohonan maaf mereka tidak ikhlas dan ada yang mengatakan terlalu mudah hanya dengan minta maaf segalanya telah selesai. Malah ada yang berasa patut ada denda atau tindakan sewajarnya.

Begitu juga dengan pelancong ini..
Lihat Orang Australia Ini ‘Flying Kick’ Penunggang Skuter Di Bali.
BeFunky-collage
Baru-baru ini tular video aksi warga Australia yang menendang penunggang skuter dan menyerang sebuah kereta di Bali. Aksi tersebut dirakam oleh pengguna Instagram @denpasar_info dan kejadian itu berlaku di Sunset Road di Kuta.

Nicholas Carr dipercayai melakukan perkara tersebut berikutan mabuk dan perbuatan Carr telah mengakibatkan penunggang sekuter cedera. Selepas dia menyerang kereta dan menendang penunggang sekuter, dia bertindak memecahkan kaca di kedai serbaneka Circle-K dan Restoran Wahana.


Kemudian, Carr didapati menyerang seorang warga emas dan mengakibatkan kecederaan pada tangan dan kaki. Setelah itu, dia telah mengurung diri di rumah mangsa dan menyelusup keluar melalui tingkap yang terbuka.
Pihak komuniti setempat, polis dan pengawal berjaya menangkap dia di luar Hotel Villa Catalina. Nicholas Carr juga telah mengalami luka, lebam dan perlu dijahit pada lengan kanannya.
Perbuatan tidak terkawal Carr mendatangkan kecederaan pada diri dan orang sekitar kerana mabuk. Polis mengatakan bahawa Carr tidak mengambil dadah, hanya mabuk. Justeru itu, dia akan didakwa kerana memusnahkan harta benda dan keganasan. Kedua-dua pertuduhan masing-masing membawa hukuman maksimum dua tahun dan lapan bulan penjara. 
Hasil carian imej untuk Peiancong Rusia Dikecam Kerana Gurauan Cuci Punggung Dengan ‘Air Suci’ Di Bali
Hasil carian imej untuk Peiancong Rusia Dikecam Kerana Gurauan Cuci Punggung Dengan ‘Air Suci’ Di Bali
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pendatang atau pelancong datang ke negara kita, mesti ikut peraturan dan menghormati rakyat atau budaya penghuni asal negara ini.. Apa lagi bagi mereka yang menagih ihsan mohon 'kerakyatan' dari negara ini... Lebih besar biadapnya lagi, kalau tidak hormati rakyat negara ini..

Lebih biadap dari pasangan warga Rusia yang mencuci punggung atau pungkok menggunakan 'air suci' di Bali itu. Lebih teruk dari orang Australia yang ‘Flying Kick’ penunggang skuter itu.

Lihat lagi..

E-Buku IH-8 Catatan Perjalanan.'Medan-Tanjung Balai'
Bab I


Bab II
Bab III
Ikutilah sambungannya dalam catatan perjalanan yang lain.

3 comments:

Amin Husaini said...

Apa maksud Tuan Ibnu 'Apa lagi bagi mereka yang menagih ihsan mohon 'kerakyatan' dari negara ini... Lebih besar biadapnya lagi, kalau tidak hormati rakyat negara ini..' Siapa mereka?

Anonymous said...

Lim Kit Siang tu lahir di China, menumpang kerakyatan M'sia. Tiba-tiba dia hina rakyat Malaysia, hina Islam. Jadi dia lebih biadap dari si Rusia yang cuci pungkok dengan air 'suci' Hindu Bali itu.

'Kacang merah' penjilat juboq Kit Siang/Guan Eng itu lebih hina lagi. Tebal muka macam perdu kelapa.. ha ha ha..

Anonymous said...

Jilat juboq guan eng/kit siang?? Tak dak benda lain ke nak jilat? Ooooooo dapat le sikit habok-habok dedak.. Heeeeeeeeeee muka tebal...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails