Friday, May 30, 2008

Ingatan Pada Wakil Rakyat.. Dari Sumut.


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

TENGAHARI tadi saya sembahyang Jumaat di sebuah kampong di luar kota Medan, kira-kira 2 jam perjalanan, melalui lorong tanah merah, melintasi ladang-ladang dan perkebunan. 

Khatibnya agak muda. Antaranya berkhutbah mengulas akhbar di Medan hari ini, katanya..

Seseorang melihat temannya sedang bersedih dan keluh-kesah, “Kenapa kau bersedih?”

“Aku hilang wang Rp 5,000 (kira-kira RM1.50).”

Lalu digantikan oleh temannya itu. Tiba-tiba dia menangis pula. “Mengapa kau menangis pula selepas dapat ganti?”

“Kerana kalau duit itu tidak hilang tentu wang aku sudah ada Rp 10,000…”

!!!!!!!!!!!

Teringat saya pula kepada ucapan Tok Guru Nik Aziz …Tiap makanan yang kita makan, walau macam mana mahal dan sedap pun, hanya sekadar yang boleh diterima oleh perut, dan akhirnya tempat simpannya cuma ditandas sahaja…

Jadi di mana manfaatnya? Manfaat di akhirat ialah harta yang dermakan dan membela rakyat miskin atau untuk jalan Allah, atau buat kebajikan. Itu yang dapat melepasi sekatan tol di akhirat. Pahala kebajikan itulah ‘duit’ untuk melepasi tol tersebut.

Khatib tadi menyeru orang ramai supaya berderma membuat masjid yang sedang diperbaharui, walaupun penduduk-penduduk kampong itu nampaknya tidak se mewah rakyat Kuala Lumpur. Bahkan waktu hendak pulang ke Medan, saya disekat di jalan-jalan raya, bukan oleh polis tetapi oleh mujahidin-mujahidat remaja dari beberapa masjid yang sedang mengutip derma.

Demikianlah di Indonesia, derma untuk masjid antara cara kutipannya ialah melalui derma dipingggir-pinggir jalan melalui sekatan-sekatan jalan raya atau diletakkan tong derma di tengah-tengah jalan. Itulah peluang berbuat kebajikan, samada tenaga dan harta.

Patutkah peringatan-peringatan seperti ini diberitahu kepada wakil-wakil kita yang menang dalam pilihan raya baru lalu?

Sekian, wallahu ‘aklam.
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim
Bingkisan Ibnu Hasyim 
dari Medan Sumut, Indonesia.
30 Mei 2008

Ikutilah Catatan Perjalanan Seterusnya..

E-Buku IH-8 Catatan Perjalanan.'Medan-Tanjung Balai'
Bab I
Bab II
Bab III
Ikutilah sambungannya dalam catatan perjalanan yang lain.

1 comment:

PASisOK said...

Saya pernah berada di dalam bas dari Medan ke Tasik Danau Toba, di mana terdapat hampir 10 tempat kutipan derma disepanjang jalan yang sedang menunjukkan banner 'peduli Jogja' kerana pada masa itu Indonesia baru dilanda gempabumi. Ada yang memberitahu kepada saya bahawa ada orang suka ambil peluang dan kesempatan. Berbalik kepda negara kita sendiri, hampir 10 orang akan datang dan meminta derma jika anda makan di kg baru. Ada juga orang kata mereka ambil kesempatan, jadi apa kita nak buat. Saya memilih untuk menderma jika yang datang itu buta atau perempuan atau lelaki tua kerana saya rasa mereka hendak menipu kita bukan masalah kita, kita tetap akan diberikan ganjarannya oleh Allah dan jika kita tidak yakin, jgn la pula kita mengangap orng yg meminta derma itu hendak menipu, tidakkah kita bersyukur bahawa kita menjadi tangan di atas bukan tangan yg meminta derma. Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails