Thursday, February 07, 2019

Gempar! Ahli Politik Belanda Penghina Islam Ini, Peluk Islam..

Dulu hina Islam sebagai 'penyakit', akhirnya ahli politik Belanda ini ucap kalimah syahadah
Klaveren mengucap dua kalimah syahadah ketika dalam proses menyiapkan sebuah buku anti-Islam. - @JoramvKlaveren/Twitter


BEKAS ahli Parlimen yang pernah melancarkan kempen anti-Islam di Dewan Perwakilan Belanda, Joram van Klaveren, mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman sudah memeluk agama Islam.

Klaveren, 40, memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah dan menerima Islam sebagai agamanya sewaktu dia dalam proses menyiapkan sebuah buku untuk memburukkan Islam dan membuktikan ajaran itu salah. 

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila semakin banyak dia membuat perbandingan untuk melengkapkan kandungan bukunya, semakin banyak persoalan terhadap agama Islam terjawab.


"Mengakui kesalahan sendiri bukan perkara yang menyeronokkan. Tetapi dalam proses mencari Tuhan sebelum ini, saya selalu rasa tidak tenang. Rasa itu akhirnya hilang selepas saya mengenali Islam, " kata Klaveren seperti yang dipetik dari portal The Guardian.

Klaveren yang memeluk Islam pada 26 Oktober tahun lalu, pernah menyifatkan Islam sebagai wabak penyakit, selain pernah mencadangkan agar pemakaian burqa diharamkan dan masjid dirobohkan.

Klaveren mengakui manuskrip buku anti-Islam yang awalnya dirancang untuk ditulis telah dibuang dan akan digantikan dengan buku yang akan memberi penerangan tentang apa sahaja keraguan masyarakat Barat terhadap agama Islam.

"Saya sangat menyesal menjadi penyumbang dalam memberi gambaran yang tidak benar tentang Islam," tambahnya yang membesar dalam sebuah keluarga Protestan.

Ini bukan kali pertama pengkritik Islam akhirnya memeluk Islam di Belanda. Pada tahun 2013, seorang ahli politik yang pernah membantu menerbitkan filem memburukkan imej Islam, Arnoud van Doorn, mengucap dua kalimah syahadah selepas membuat kajian berkenaan Islam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Cuma masih ada seorang lagi ahli politik Belanda yang paling kuat menentang Islam, moga-moga Allah SWT membuka taufik dan hidayah kepada beliau. Begitu juga doa kita kepada penentang-penentang Islam yang masih mengganas di media dan politik Malayisa ini.. 

Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails