Penafian itu dibuat kedutaan Rusia di Jakarta menerusi kenyataan yang dikongsi kan di laman Twitter.
“Seperti yang kita ketahui, istilah ‘Propaganda Rusia’ dicipta pada 2016 di Amerika Syarikat semasa pilihan raya presiden. Istilah ini tidak berasas sama sekali.
“Kami menegaskan Rusia tidak campur tangan dalam urusan domestik dan proses pilihan raya negara lain, termasuk Indonesia yang merupakan antara negara paling rapat dan penting buat kami. “ tulisnya.
Jokowi yang bertanding untuk jawatan Presiden bagi penggal kedua, tidak menjelaskan apa dimaksudkannya tentang istilah berkenaan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harap-harap, dalam pilihan raya di negara tercinta kita Malaysia, tidak didalangi oleh penjajah Zionis/AS?
Presiden PAS Ucap Gong Xi Fa Cai.
KL:Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tionghua dan semua yang menyambutnya.
“Bersama kita membina Malaysia yang lebih sejahtera,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerusi laman sosial Facebook. –HARAKAHDAILY 4/2/2019
No comments:
Post a Comment