Malah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan, MCA tidak akan menjadi jelmaan kepada Pas atau sebaliknya jika kedua-dua parti bersetuju untuk bekerjasama selepas ini.

“Tiada masalah jika mereka sedia bekerjasama dengan kita (Pas) untuk menyelesaikan isu sejagat. Dalam konteks sebegini, Pas ‘tak’ jadi MCA dan MCA ‘tak’ jadi Pas.
“Namun, apabila kita mempertahankan agama dan bangsa mengikut Perlembagaan Persekutuan, mereka tidak boleh kata itu perkauman. Itu adalah teras politik kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bersedia be­kerjasama dengan Pas dalam isu-isu membabitkan kepenti­ngan negara.
Dalam pada itu, Idris Ahmad berkata, Pas menyifatkan pendirian dan prinsip parti itu dalam mempertahankan agama dan bangsa tidak bersifat perkauman.
“Kita hidup dalam masyarakat majmuk. Jika kita amalkan perkauman, sudah tentu bangsa lain yang hidup di Kelantan dan Terengganu ditindas.
“Yang salah adalah jika orang Melayu menindas bangsa lain. Adakah kita cakap pasal Islam dan Melayu itu perkauman?” katanya. (Utusan)

PERHATIAN: 
Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,


1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam mungkin dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.


-Dari Editor