Tuesday, February 05, 2019

Peguam isytihar ‘perang’ ke atas PH

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Bekas calon Bebas Parlimen Pandan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Pakatan Harapan (PH).
Tanpa menyatakan apa bentuk ‘perang’ dan kenapa begitu marah kepada PH, beliau mahu kerajaan sekarang menyerah kalah.
Selain itu, Mohd Khairul Azam yang merupakan seorang peguam turut memberi amaran kepada sekutu PH agar melakukan tindakan yang sama, jika tidak mahu menghadapi akibatnya.
“Maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, saya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau BuzzeAzam, bekas calon Bebas PRU14 Parlimen Pandan dengan ini mengisytiharkan perang saya ke atas Pakatan Harapan dan semua sekutu mereka.
“Kamu boleh menyerah kalah sekarang, atau bersedialah kamu untuk menghadapi akibatnya,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitternya semalam.
Pada PRU14, Mohd Khairul Azam yang bertanding atas tiket Bebas menggunakan simbol Rumah hanya mendapat 73 undi.
Pertandingan lima penjuru itu menyaksikan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR mendapat 64,733 undi, iaitu menang dengan majoriti 53,543 undi.
Tiga lagi calon selain Dr Wan Azizah dan Mohd Khairul Azam ialah Leong Kok Wee dari BN mendapat 12,190 undi, calon Pas, Sukri Omar (8,336 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Jenice Lee Ying Ha memperoleh 442 undi.
Menurut Mohd Khairul Azam, beliau bersedia menanggung segala akibatnya dengan perisytiharan itu. – MalaysiaGazette

2 comments:

Anonymous said...

Barua DAP detected semuga usaha di balas surga version uncle lim n son aka dap..kalau muslim bertaubatlah dosa fitnah umpama mmbunuh doket sapo ikau nok mnta maaf ikau fitnah macam yahudi mabuk atau mad dog..

Anonymous said...

Macai rba dan pentadsub terus hidupkan fitnah 90juta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails