Sunday, February 03, 2019

Bila Kucing Hitam Masuk Padang Perlawanan Wolverhampton, Everton...

Kucing hitam punca perlawanan Wolverhampton, Everton dihentikan seketika
Kucing hitam tersebut dilihat mula berlegar dalam padang sejurus Leander Dendoncker menjaringkan gol ketiga Wolves pada minit ke-66 perlawanan. - Foto Twitter/@wolves

SUKAN
Kucing hitam punca perlawanan Wolverhampton, Everton dihentikan seketika

AKSI perlawanan antara Wolverhampton Wanderers menentang Everton terpaksa dihentikan seketika apabila seekor kucing hitam memasuki padang. Kucing hitam tersebut dilihat mula berlegar dalam padang sejurus Leander Dendoncker menjaringkan gol ketiga Wolves pada minit ke-66 perlawanan.

Mungkin ketakutan, kucing hitam itu kelihatan mencari jalan keluar setelah menyedari dirinya menjadi perhatian. Beberapa minit berselang, kucing tersebut menemui jalan keluar meninggalkan padang dan perlawanan diteruskan sehingga ke wisel penamat.

Wolves berjaya mengekalkan momentum pasukan selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Everton. Tampil selaku pasukan pelawat, anak buah Nuno EspĂ­rito Santo berjaya kejutkan tuan rumah menerusi sepakan penalti seawal minit ketujuh perlawanan yang disempurnakan Ruben Neves.

Andre Gomes seterusnya berjaya jaringkan gol pada minit ke-27 untuk bantu menyamakan kedudukan. Namun kemaraan Wolves nyata gagal disekat apabila bintang Mexico, Raul Jimenez menanduk gol kedua Wolves sebelum separuh masa pertama tamat.

Gol kemenangan Wolves hadir pada minit ke-66 perlawanan menerusi tendangan padu jarak dekat Leander Dendoncker. Kemenangan ini meletakkan Wolves di kedudukan ketujuh dengan 38 mata meninggalkan Everton di tangga kesembilan dengan 33 mata.(AA)

1 comment:

Anonymous said...

Woi hancing 6.25 dan 7.13 perosak Tanah Melayu. Lebih baik ko pack baju kau pi berambus balik negara kau lah. Lebih elok balik telanjang sebab pakaian ko pun hasil mentekedarah hasil bumi Tanah Melayu. Itu pun kalau negara China nak terimalah.

Setahu aku pendatang yang datang sini dulu memang tak penderhaka kepada negara China sendiri. Dah memang keturunan penderhaka kan, datang tempat orang begitu jugaklah perangainya.

Tau ibnu akan padam thread aku ni. Tapi at least puas hati aku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails