Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik Pas sekiranya diminta SPRM untuk tujuan siasatan tersebut.
"Pas dengan ini memberi aku janji untuk menyatakan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan kononnya menerima wang yang disyaki daripada  1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Pas juga akan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan termasuk penyata akaun-akaun bank Pas Pusat bagi membuktikan dakwaan bahawa Pas menerima dana itu adalah tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, SPRM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya berkenaan selain akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE

PERHATIAN: 
Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,


1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam mungkin dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.


-Dari Editor.