Friday, March 01, 2019

Salah Faham Islam/Melayu. 'Mesti Sokong Cina Ini..'


Oleh CONTENT CHAMPION
“Kenapa U peluk agama Melayu?” – Jawapan bijak mualaf Cina ini bakal buat kita semua kagum

SEMASA saya beli jam tangan di sebuah kedai jam, pemilik kedai itu, Mr. Lim bertanya kepada saya:

Mr. Lim : Awak berkahwin Melayu, jadi terpaksa masuk Islam?
Saya : Tiada adalah, saya sudah masuk Islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun.

Mr. Lim : (muka terkejut). Kenapa masuk agama Melayu? Sebelum ini awak agama apa?
Saya : Saya buat kajian, sebelum ni saya beragama Kristian.

Mr. Lim : Kenapa Kristian tak baik ke? Bukan semua agama ajar baik ke? Kenapa nak masuk agama Melayu?
Saya: Betul. Semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. Jadi pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada satu Tuhan sahaja.  Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita untuk hormati agama orang lain. Saya bukan masuk Melayu, saya masih boleh kekal budaya Cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan Cina Muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk Malaysia. Di Amerika Syarikat pun ada Muslim.

Mr. Lim : Oooo, ye ke? Saya tidak pernah tahu pun di China banyak Muslim. Betulkah boleh kekalkan budaya? Awak kahwin bukan terpaksa pakai baju Melayu ke?
Saya: Boleh buka google cari “bilangan China Muslim”. Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) Saya kahwin pakai baju shamfu mah. (Pakaian tradisional masyarakat Cina untuk lelaki dikenali sebagai shamfu, manakala, cheongsam untuk perempuan)

Mr. Lim :(terdiam sekejap), Hmmm, tetapi bukan awak wajib (tukar) nama ke?
Saya : (tunjuk IC saya) Tidak ada lah. Saya boleh kekalkan nama saya 100%, tidak perlu ditambah nama atau ditukar nama pun. Nama saya pada lesen memandu, kad bank dan sebagainya tidak perlu ditukar sebab saya tidak tukar IC saya. Nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat seorang anak dan nama anak saya di dalam surat beranak dia adalah Eh Soon Cong.

Mr. Lim : (muka terkejut sekali lagi). Ye ke? Kalau macam ini, senanglah mahu masuk Islam. Tidak adalah jadi isu besar.
Saya : Memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya satu sahaja, lepas lepas itu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.”

Mr. Lim : Tetapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama Melayu?
Saya : Bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada huruf “Al” maksud “The” dan huruf “elah” maksud tuhan. Jadi setelah digabungkan semua huruf, sebutannya akan menjadi “Allah”.  Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa untuk disembah. Di negara Arab, orang Kristian guna “Allah” di dalam kitab Bible mereka.

Mr. Lim :  Jadi saya rasa awak bukan sahaja boleh jadi Guru Matematik, tetapi awak boleh jadi Guru Agama Islam yang ajar Islam. Banyak ilmu awak tentang Islam.
Saya : Mana ada. Saya belum layak lagi mahu menjadi ustaz, banyak lagi ilmu Islam yang saya perlu belajar. Saya punya kepakaran di dalam subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan saja.
Mr. Lim : Haha, jadi nanti bolehlah awak ajar anak saya nanti. Tahun ini dia SPM.
Saya Haha. Bolehlah tuan.

Mr. Lim : Saya bagi special diskaun untuk jam tangan ini sebab banyak info yang saya dapat hari ni dari awak.
Saya : Terim kasih tuan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita mesti sokong Cina ini, kerana agama dan bangsanya. Al-hamdulillah!

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails