Timbalan Ketua Polis Daerah itu, Superintenden Sazalee Adam berkata, kesemua laporan tersebut dibuat oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak isu berkenaan tular di laman-laman sosial dan media massa.
Katanya, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Dakwah Dan Tarbiah Darul Husaini, Pertubuhan Amal Dan Ukhwah Semalaysia (Paduka) dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Pusat).
Semalam, Foo Sing didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aishah.
Dia tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan Saidatina Aishah di Facebook miliknya atas nama Foo Sing Wai pada pukul 5 petang, 17 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE