Tular rakaman video Anwar kecewa dengan Dr. Mahathir, Mohamed Azmin
KUALA LUMPUR 28 Feb. – Media sosial digemparkan dengan rakaman video panggilan telefon didakwa milik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tahu tentang perancangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Rakaman video berkenaan dimuat naik di dalam akaun Twitter mahazalimreturn pukul 11.33 malam semalam
Anwar dalam rakan video berdurasi satu minit itu mengarahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melakukan sesuatu berhubung tindakan dua individu terbabit.
“Baru ini saya bercakap dengan Muhyiddin (dipercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga, saya beritahu beliau ini buat cara tak betul, Mahathir buat cara tak betul, kita kena susun rangkaian kita.
“Azmin sah, saya cakap dengan awak, sekarang ini 22 Parlimen dengan dia kita kena ambil balik. Kalau kita tak ambil, saya cakap pada awak kita payah nak buat kerja,” katanya.
Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan bahawa suara tersebut adalah milik Anwar.
“Ini bukan suara DSAI, Nahu dan cara sebutan terutama beberapa perkataan terlalu berbeza dan ucapan terlalu gopoh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE
Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
No comments:
Post a Comment