Hashim berkata beliau memberi kerjasama penuh kepada dua pegawai SPRM itu dengan menjawab semua soalan mereka.
Hasil carian imej untuk Porsche Cayman
"Soalan yang ditanya hanya berkaitan kereta tersebut (Porsche Cayman). Tiada soalan lain," katanya semasa dihubungi, hari ini.
Hashim hadir di pejabat SPRM Perlis kira-kira 9.45 pagi dengan ditemani isterinya.
Beliau adalah antara beberapa pemimpin kanan Pas yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan Pas menerima dana RM90 juta wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada UMNO.
Semalam, SPRM membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset termasuk kereta mewah milik beberapa pemimpin Pas berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta wang 1MDB daripada UMNO .
Hashim mendakwa kereta Porsche Cayman tersebut kepunyaan anaknya yang dibeli mengikut lunas undang-undang dan tiada kaitan dengan dana RM90 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
"Dari dahulu lagi saya menggunakan Proton Saga. Rakyat Perlis tahu kehidupan saya," tambahnya. - BERNAMA