Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, solat hajat itu untuk memohon kebesaran Allah agar keharmonian negara terpelihara daripada segala anasir negatif yang mengaibkan Rasulullah SAW.
"Solat hajat secara serentak di masjid dan surau ini bertujuan memelihara keharmonian negara serta menghindari anasir negatif yang boleh mengaibkan Rasulullah SAW.
" Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir," kata Dr. Ahmad Samsuri di dalam entri terbaharu beliau dalam akaun Facebooknya, petang tadi.
Himpunan Ummah
Dalam pada itu, umat Islam di Terengganu akan mengadakan Himpunan Ummah Hina Nabi SAW di beberapa buah masjid di negeri ini selepas solat Jumaat esok.
Antara masjid terlibat ialah Masjid Tok Ku Tuan Besar, Masjid Banggol Peradong, Masjid Pasir Minal di Kemaman, Masjid Pekan Ajil, Masjid Batu Rakit, Masjid Tok Ku Paloh dan Masjid Pengadang Baru. - UTUSAN ONLINE