Sunday, January 17, 2010

Hubungan Orang Asli Dengan Kristian & Yahudi.



CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

KERETA kami meluncur keluar dari Kampung orang Asli di situ, setelah solat Asar bersama Tok Batin. Mengarah ke jalan lama ke Pahang dari Bt 12 Gombak di surau kampung orang Asli di situ.. sampai di suatu simpang tertulis 'Alang Sedayu' masuk kiri.

Kami masuk, kira-kira 1/2 km ke sebuah restoran dalam hutan lipur di situ. Nampak restoran macam baru mula nak buka. Ada pentas muzik karauke, tapi belum mula lagi, mungkin tunggu malam sikit.

"Aku teringat kata-kata Tok Batin tadi, 'khabarnya puak-puak Kristian sudah merancang ke sana..' iaitu ke tempat yang kita rancang nak rehlah itu.." Kata kawan saya, sambil kami duduk di salah satu bangku di pinggir sungai mengadap ke pentas. Lihat tulisan lalu 'Rehlah Bersama Orang Asli, Anda Minat? Sila Hubung...'

"Ya. Memang begitu lumrahnya." sambut editor Blog Wartashubhi, sambil matanya merayau melihat ke hutan-hutan kecil di tebing sungai yang airnya mngalir lesu. "Aku teringat sewaktu aku belajar di Perancis dulu pun begitu.. sentiasa berdepan dan berhujah dengan puak-puak Kristian. Masing-masing mempromosi agama masing-masing. Cuma mungkin taktik dan teknik yang berlainan dengan di sini."

Sambungnya lagi, "Tadi aku masukkan entri dalam blogku berjudul 'Satu Permulaan Perang Akhir Zaman - Islam vs Yahudi'. aku paparkan ucapan Geert Wilders, seorang ahli Parlimen Belanda dan juga pengerusi Party of Freedom, ketika berucap di satu conference yang diadakan di New York baru-baru ini, dikirim oleh kawan kita dari luar negara. Hampa baca dak??"

Masing-masing diam. Belum baca lagi.

"Geert Wilders, melancarkan satu gerakan bagi menghadapi apa yang dikatakannya ancaman jihad dari penganut agama Islam dunia. Gerakan bagi mengerahkan kumpulan penentang kehadiran umat Islam di serata dunia, yang kini sedang berlaku di mana ia merupakan satu titik tolak pertembungan antara dua ideologi, iaitu ideologi ciptaan manusia melawan Islam Ad-Din Nul Hayah, yang diturunkan Allah SWT kepada manusia.

"Beliau menganggap Israel atau negara Yahudi merupakan benteng penyelamat umat manusia daripada penaklukan umat Islam yang sedang bergerak laju menguasai dunia. Kewujudan negara Yahudi merupakan sesuatu yang mesti diperjuangkan oleh semua orang yang mempercayai kebebasan demokrasi.

"Beliau menggambarkan dengan musnahnya bangsa Yahudi dan negara mereka, adalah satu petanda bahawa tiada sesiapa lagi yang mampu menahan kemaraan bangsa umat Islam dari menakluki dunia ini. Beliau juga bimbang dengan perkembangan Islam yang berlaku di Eropah.. "katanya macam sebuah ceramah.

"Adakah perkembangan yang berlaku di Eropah ini ada kaitan dengan isu guna nama Allah dan bakar gereja di Malaysia ini?" Kawan yang lain memotong cakapnya dan bertanya.

"Sudah tentu!" Saya pula memberi pandangan.

"Kalau musuh-musuh Islam berjaya mengeksploitkan isu seperti yang disebutkan itu dan sekarang memang hampir berjaya, sehingga Islam digambarkan negataif lalu menakutkan orang ramai, juga kegelisahan itu berjaya diimport masuk ke Malaysia melalui isu-isu tempatan oleh puak-puak tertentu sebelum PRU (Pilihan Raya Umun) 13 akan datang... aku yakin penuh bahawa Pakatan Rakyat yang Parti Islam (PAS) ada di dalamnya akan kecundang dan tidak mampu menawan Malaysia dalam PRU 13 nanti!

"Itu sebabnya PAS bersungguh-sungguh cuba menggambarkan kepada masyarakat bahawa Islam itu bukan kekerasan, kepengganasan atau paksaan. Sedangkan pihak lawan PAS seolah-olah menaja larangan guna nama Allah dan bakar gereja yang menjadi isu masa kini, untuk membangkit suasana sebaliknya yang boleh menguntungkan partinya dalam pilihan raya." Kata saya.

"Hang jangan main tuduh!" Celah kawan saya. "Apa buktinya?"

"Ini hanya pandangan dan andaian poitik, bukan tuduhan. Buktinya, mengapa kerajaan tidak menyelesaikan isu-isu yang berbangkit ini bersungguh-sungguh? Bermula dengan perarakan 'kepada lembu berdarah' di Shah alam tiada tangkapan dibuat, melarat ke isu-isu agama seperti sekarang. Tidak profesionalkah pegawai polis kita??"

"Sudah! Sudah! Cukup, jangan sampai kita terpaksa Maghrib di sini." Kata seorang dari kawan kami. "Kita tutup perbincangan, lain kali sambung lagi."

Akhirnya, editor Blog Wartashubhi merumuskan, "Yang penting kita kena kerjakuat untuk bangunkan Islam, dengan berjihad yang ertinya bukan hanya perang. Yang mudah, ialah kita ajak kawan pergi piknik. Dalam piknik pun ada jihad. Jihad menerangkan Islam melalui praktikal, menggambarkan bahawa Islam tidak ganas, pencinta alam dan manusia, tidak kira kaum atau darjat. Piknik boleh juga dimaksudkan rehlah atau berkelah, tidak kira penat lelah!"

Sekian, kita akan sambung lagi kisah rehlah di perkanpungan saudara kita orang Asli. Wasalam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Gombak Jan 17, 2010.

Sebelum ini..

1.. Strategi Kristian Menawan Orang Asli?
2.. Orang Asli: Pengkhianat & Serang balas Kristian?
3.. Lelaki Asli. Tiup Seruling Dengan Hidung
4.. Selamatkan Aqidah Masyarakat Kami..
5..Jangan Me'Melayu'kan Orang Asli..
6..
Tok Batin Orang Asli Cabar Mahyuddin Yasin?
7..Rehlah Bersama Orang Asli, Anda Minat? Sila Hubung...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails