Wednesday, December 30, 2009

Tok Batin Orang Asli Cabar Mahyuddin Yasin?

TPM selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-65 Majlis Tanah Negara pada 4 Disember di Putrajaya baru lalu.


oleh Megat Ali Megat Alang


BUKIT KALA GOMBAK: 30 Dis 09: Mana buktinya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Putrajaya awal Disember lalu yang menyebutkan sebanyak 19,990 keluarga Orang Asli bakal diberikan hak milik tanah kekal sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup Orang Asli.

Demikan cabaran berupa keluhan oleh pemangku Tok Batin Bukit Kala Gombak, merangkap Ketua JKK Bukit Kala, Hussein bin Datuk Panglima Ngah Yin, sewaktu ditemui oleh wakil Blog Ibnu Hasyim di sini petang tadi mengenai pemberian tanah kepada 19,990 keluarga Orang Asli itu.

"Kami tak terima apa-apa maklumat pun. Sekeping surat atau apa-apa berita pun kami tak terima mengenai hal beri tanah itu. Tiada bukti kata kami dapat. Entah-entah orang lain yang dapat, kami tidak." katanya.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli untuk Kegunaan Pertanian dan Kediaman yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara itu melibatkan tanah seluas 50,563.51 hektar di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut Muhyiddin, bagi menjamin pelaksanaan dasar tersebut lebih terancang dan teratur, tanah-tanah terbabit akan dimajukan terlebih dahulu dengan tanaman-tanaman seperti kelapa sawit dan getah.

TPM berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-65 Majlis Tanah Negara pada 4 Disember baru lalu. Beliau juga memberitahu, keluasan tanah yang diberikan hak milik adalah 0.8 hingga 2.4 hektar untuk ladang dan 1,524 meter hingga 0.1 hektar bagi tapak rumah mengikut kemampuan kerajaan negeri.

"Sepatutnya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) memberi maklumat itu kepada kami. Atau pun memang pihak kami tak dapat, sebab tu tiada maklumat. Bagaimana pula yang di bawah kuasa kerajaan negeri?" Tanya Hussein lagi.

"Nampaknya kami yang bawah kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.. tak ada harapan nak dapat le!" Kata Hussein lagi yang juga adalah Ketua UMNO cawangan Bukit Kala Batu 12, Gombak.

"Jadi, kami menyeru kepada pihak yang bertanggung-jawab samada pihak negeri ataupun Kerajaan Pusat mempercepatkan proses pemberian tersebut." Jelas Hussein.(2MA)

Tambahan..

1.. Strategi Kristian Menawan Orang Asli?
2.. Orang Asli: Pengkhianat & Serang balas Kristian?
3.. Lelaki Asli. Tiup Seruling Dengan Hidung
4.. Selamatkan Aqidah Masyarakat Kami..
5..Jangan Me'Melayu'kan Orang Asli..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails